Pasaran Saham US Kembali Pulih

Pasaran saham kembali pulih pada hari Rabu selepas permulaan kurang baik pada minggu ini dimana retorik Presiden Trump mengenai perjanjian dagang US-China menyebabkan pasaran sedikit bimbang. Trump menyatakan bahawa kemungkinan penangguhan perjanjian dagang selepas pilihanraya presiden US.

Walaubagaimanapun, perkhabaran pada awal sesi London yang mengatakan rundingan US-China berjalan lancar dan semakin positif memberi kelegaan kepada para pelabur.

USA500 (S&P500) kembali positif selepas turun ke paras terendah semalam. Ia kini didagang pada 3105.60, sedikit bawah dari paras tertinggi hari ini 3108.44. Daily pivot merupakan paras sokongan di 3094.61 diikuti paras support di ‘daily low’ 3082.24. Resistance berada di paras 50SMA 1H 3109.00 diikuti resistance di daily pivot R1 3119.51.

Data ISM non-Manufacturing PMI untuk bulan November dijangka diumumkan pada jam 11.00 malam Malaysia. Ia akan menjadi penentu pergerakan pasaran seterusnya.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.