Pilihanraya UK: 6 Hari Lagi!

Pilihanraya UK kini kurang daripada seminggu, kemungkinan untuk Parti Buruh mengurangkan jurang pungutan suara dengan parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson semakin tipis. Pungutan suara oleh Politico menunjukkan Parti Konservatif mendahului dengan 43% sokongan, tidak berubah dari Isnin dan Parti Buruh (Labour) ketinggalan dengan 33% sokongan. Perbezaan ini menunjukkan kemungkinan Boris Johson akan menjadi Perdana Menteri dengan majoriti yang selesa.

GBPUSD agak tenang selepas kenaikan berterusan sepangjang minggu di mana para pelabur mula melepaskan pegangan jualan mereka. GBPUSD menjejak ke paras 7-bulan tertinggi di paras 1.3166, manakala EURGBP berjaya mencatat harga terendah dalam tempoh 31 bulan.

Pound masih lagi 8% di bawah sukatan “trade weighted” BoE berdasarkan harga sebelum undian Brexit pada bulan Jun 2016, tetapi telah melakukan rali sebangak 9% daripada paras harga terendah yang dicatatkan paada pertengahan Ogos lalu.

Keputusan pilihanraya minggu hadapan masih lagi berpotensi mencetuskan kejutan. Terdapat ura-ura kemungkinan parti pembangkang membetuk pakatan, ataupun parti Konservatif gagal mendapat majoriti mudah dan bergabung dengan Parti Liberal Demokrat. Parti tersebut dilaporkan bersedia menyokong parti Boris Johnson dengan syarat kerajaan mengadakan undian referendum kali ke-2 dalam keahlian EU. Sekiranya parti Konservatif kembali ke parlimen dengan majoriti mudah, mereka akan kekal dengan kemungkinan ‘no-deal Brexit’ berikutan komitmen kerajaan untuk tidak melanjutkan lagi proses transisi Brexit selepas tahun 2020. Para penganalisis politik menjangkakan strategi ini digunakan oelh Johnson untuk memenangi sokongan daripada penyokong tegar Brexit daripada parti Brexit.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

HotForex

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.