Acara Penting Untuk Minggu Ini

Berikutan mesyuarat OPEC minggu ini dan data buruh AS yang mengejutkan, tiga keputusan kadar faedah dijadualkan diumumkan pada minggu ini. Selain mesyuarat Bank Pusat, acara minggu ini adalah Pilihan Raya Parlimen UK pada hari Khamis.

Isnin – 09 Disember 2019

  • Ucapan RBA’s Governor Lowe (AUD, GMT 22:05) – Beliau dijangka berucap pada Sidang Kemuncak AusPayNet, di Sydney.

Selasa – 10 Disember 2019

  • Consumer Price Index (CNY, GMT 01:30) – CPI Cina bulan September tidak berubah pada 0.7% manakala angka PPI dijangka menurun terus kepada -1.2%. Bacaan keseluruhan untuk CPI dianggarkan untuk mencatat kenaikan sehingga 2.9% y / y.
  • ZEW Economic Sentiment (EUR, GMT 10:00) – Sentimen Ekonomi untuk bulan Oktober dijangka pada -27 dari -22.5 yang dicatat pada bulan lalu, memandangkan penunjuk keadaan semasa untuk Jerman bertukar negatif. Pembacaan zon Euro keseluruhan dijangka menurun sedikit ke -33.0 daripada -22.4. Hasil yang lebih rendah daripada yang dijangkakan, ikut dengan sentimen pasaran dalam permulaan bulan.

Rabu – 11 Disember 2019

  • Inflation Rate (USD, GMT 13:30) – Indeks kenaikan CPI dijangka meningkat dengan kenaikan harga teras (core) 0.2%, selepas bacaan bulan Oktober sebanyak 0.4% dan 0.2%. Kenaikan yang dijangkakan 2.0% y/y, meningkat daripada 1.8% bulan lepas. Harga teras (Core CPI) dijangka pada kadar 2.3% untuk bulan kedua berturut-turut. Kami menjangkakan kenaikan dalam Q1 tahun 2020 berikutan perbandingan yang lebih sukar dan beberapa kenaikan kenaikan tarif yang sepatutnya meningkat kepada 2.4%, yang boleh membantu meredakan bacaan inflasi di  bawah paras sasaran FED di bacaan 2%.
  • Keputusan FOMC (USD, GMT 19:00) – FOMC dilihat akan mengekalkan kadar faedah  walaupun data NFP yang teguh, tanpa perubahan dasar kadar untuk masa hadapan. Data ekonomi telah mengesahkan kemungkinan tiada perubahan kadar untuk jangka masa terdekat. Pengerusi Fed Powell akan mengulangi pendirian beliau bahawa ekonomi dan dasar kini berada di situasi yang “baik”. Data GDP (KDNK) kemungkinan besar akan terus mengatasi anggaran rasmi Fed, sama seperti lonjakan inflasi dijangka lebih dari kadar anggaran Fed juga. Oleh itu, tumpuan tertumpu kepada unjuran “Fed’s quarterly forecast update (SEP)” dan Sidang media Powell. 

Khamis – 12 Disember 2019

  • Pilihanraya Parlimen UK – Brexit akan menjadi tumpuan utama dalam pilihanraya 12 Disember. Walaupun parti Konservatif dijangka menang dengan majoriti mudah, keputusan pilihan raya umum masih mampu mencipta kejutan.
  • Mesyuarat Polisi SNB (EUR, GMT 08:30) – Bank pusat ini dijangka mengekalkan tetapan dasar tidak berubah berikutan ketidakpastian yang berterusan terhadap prospek pertumbuhan global, kelemahan dalam ekonomi Eurozone, menyokong dasar SNB bahawa kadar faedah negatif dan keperluan dalam campur tangan dalam pasaran matawang tetap diperlukan untuk memastikan franc di bawah kawalan, dan mengelakkan inflasi daripada jatuh. SNB telah membuka pintu untuk langkah-langkah tambahan dan mengawasi dengan rapat perkembangan ketegangan perdagangan, geopolitik dan perkembangan Brexit.
  • Mesyuarat Polisi ECB (EUR, GMT 12:45 &13;30) – Dalam sidangan akhbar pertama Lagarde.  Kemungkinan mesyuarat ini tidak memberi impak seperti keterangannya sebelum Parlimen Eropah. ECB dijangka akan memberikan ulasan bahawa mereka bersedia untuk bertindak semula dan mengubah semua langkahnya jika perlu dan kini perlu mengawasi kesan sampingan dasar monetari yang sangat berkembang, sementara ahli politik juga perlu menyokong perkembangan ekonomi. ECB tidak akan mengurangkan tahap ‘stimulus mereka pada masa terdekat dan dijangka tidak merubah sebarang polisi pada tahun depan, kecuali keperluan sangat mendesak.

Jumaat – 13 Disember 2019

  • Retail Sales & Industrial Production (USD, GMT 13:30) – – Kenaikan adalah dijangka sehingga 0.3% untuk bulan November untuk kedua-dua ‘retail sales & ex-auto’, berikutan 0.3% kenaikan pada Oktober dengan angka ‘ex-auto’ pada 0.2%. Walau bagaimanapun, terdapat ketidakpastian yang agak besar disebabkan gangguan pada musim cuti, termasuk Black Friday dan Cyber ​​Monday, dan perbezaan kurang  enam hari di antara Hari ‘Thanksgiving’ dan Krismas.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.