Laporan pesakit yang disahkan dijangkiti Coronavirus terus meningkat di mana lebih dari 4,500+ disahkan positif dan kadar kematian meningkat kepada 106 orang.
Situasi ini terus menimbulkan kegusaran di dalam pasaran. Matawang safe haven JPY dan CHF mencatatkan pengukuhan semalaman dan agak mendatar pagi ini..Namun ia terus dijangka akan menjadi tumpuan para pelabur sekiranya bilangan kes terus meningkat di luar China. Manakala matawang Komoditi AUD dan NZD terus mengalami impak negatif berikutan peningkatan kadar panik di pasaran.
AUDUSD kini didagang tinggi sedikit dari paras terendah tahun 2020 iaitu pada paras 0.6747. Harga AUDUSD kini sedikit atas dari paras support 0.6755 (harga terendah Nov’19. Paras support seterusnya adalah di 0.6723 dan paras support penting 0.6670 (harga terendah 2019). Manakala resistance kini berada agak tinggi di paras 0.6800 (ia juga berhampiran dengan paras 50 Daily-MA dan 200 daily-MA) diikuti paras resistance pada harga 0.6934.
Mengambil kira sentimen semasa pasaran mengenai coronavirus dan kelemahan data ekonomi Australia, AUDUSD dijangka akan terus mengalami tekanan untuk jangka masa terdekat.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.