Pendahuluan
Bank of England (BoE) mengekalkan kadar faedah pada 0.75% dengan undian 7-2. Walaubagaimanapun, BoE memberi gambaran bahawa pelonggaran polisi (potongan kadar faedah) mungkin diperlukan pada masa hadapan, di mana BoE turut menurunkan unjuran GDP dan memberi gambaran inflasi hanya akan mencapai tahap sasaran pada akhir 2021. Para pelabur menganggarkan kemungkinan BoE memotong kadar faedah pada pertengahan tahun.
Mesyuarat polisi ini merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh Gabenor Carney, beliau akan melepaskan jawatan Gabenor BoE pada Mac 2020. Beliau berjaya memimpin BoE melalui keadaan ekonomi yang sukar berikutan isu Brexit dan kelembapan ekonomi dunia dengan cemerlang.
Dengan proses Brexit secara rasmi bermula pada 1 Febuari, keadaan ekonomi UK dijangka kekal sedikit perlahan pada tahun 2020.
Analisa Teknikal
GBPUSD mencatatkan kenaikan 0.5% pada hari ini dan kini didagang sedikit di bawah paras 1.3100 dan berada di sekitar paras 200 SMA-4H. Untuk memastikan momentum kekal ke atas, GBPUSD perlu melepasi paras psikologi 1.3100 dan kekal didagang diatas paras psikologi ini. Resistance seterusnya berada pada paras 1.3173, ini menunjukkan ruang untuk kenaikan adalah banyak. Manakala paras support terdekat berada di 50SMA-4H yang berada di sekitar 1.3058, diikuti paras support seterusnya di 1.2975.
Rumusan
Selepas mesyuarat FOMC pada malam semalam di mana USD menunjukkan kelemahan agak jelas, pengekalan kadar oleh BoE dan proses Brexit yang lancar dijangka menyokong pengukuhan GBP untuk jangka pendek.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.