Harga Emas Terus Melonjak Menghampiri Paras Tertinggi 2020

Harga emas (XAUUSD) terus melonjak menghampiri paras tertinggi tahun 2020. Ia kini didagang di sekitar $1607, manakala paras tertinggi tahun 2020 ialah $1611.32.

Setelah melakukan konsolidasi untuk beberapa minggu, harga gold telah memecahkan formasi pennant pada hari Selasa dan kini masih lagi mengekalkan momentum ke atas. Paras resistant terdekat ialah di $1611.32 diikuti dengan $1625 yang juga merupakan kawasan ‘support become resistance’ dari Disember 2012. Manakala support terdekat berada di $1547.50 yang merupakan harga terendah Febuari 2020 dan berhampiran dengan SMA 50. Ia diikuti support seterusnya di $1535.60.

Dengan sentimen semasa yang agak kurang baik berikutan isu Covid-19 yang dijangka menyebabkan kelembapan ekonomi seluruh dunia pada tahun ini. Para pelabur dijangka terus mengekalkan pilihan mereka terhadap emas kuning berikutan statusnya sebagai ‘safe haven’.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.