EURUSD: Adakah Pergerakan Pembetulan Akan Bertahan?

Sentimen

EURUSD telah didagang dalam bearish trend sejak dari awal tahun 2020 dan telah mencecah rekod terendah yang kali terakhir dilihat pada tahun 2017.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kelemahan EURO pada tahun 2020 iaitu:
Data ekonomi Eurozone dan Jerman yang lemah: para pelabur kini menjangkakan ECB akan merangka suatu program stimulus untuk memacu ekonomi Eurozone.

Kebimbangan pelabur terhadap isu Covid-19/coronavirus: Permintaan terhadap USD (USD juga matawang safe haven) oleh para pelabur yang bimbang mengenai impak wabak ini terhadap ekonomi dunia.

Analisa Teknikal

Formasi bullish engulfing kini terbentuk pada Jumaat lepas selepas penurunan hampir 2 bulan. Harga EURUSD kini dilihat cuba melakukan gerakan pembetulan. Resistance terdekat adalah di diantara kawasan RBS 1.0879 dan 38.2% fibonacci retracement di 1.0899 (1.0900 adalah kawasan psikologi). Ia diikuti kawasan resistance di 1.0980 yang juga merupakan kawasan RBS dan berhampiran dengan 61.8% fibonacci retracement. Support kukuh berada di paras terendah minggu lepas di 1.0779 diikuti 1.0710 (weekly support)

Indikator MACD kini menunjukkan sedikit kenaikan ke atas dan tiada sebarang tanda divergence terbentuk. Ini memungkinkan EURUSD untuk melakukan pergerakan pembetulan yang memberi sedikit kelegaan kepada pasaran.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst –
HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.