GBPUSD: Masih Tiada Cinta Buat Pound

GBPUSD didbuka lebih tinggi daripada USD pada awal pagi. Walaubagaimanapun, ia gagal mengekalkan momentum dan kini menyusut berbanding pembukaan di sekitar 1.1600. Kenaikan pagi ini terhad di paras 1.1710 yang merupakan kawasan SBR yang kukuh. Ia diikuti resistance yang kukuh pada 1.1936. Paras Support terdekat berada di 1.1540 dan paras terendah pada abad ke-21 1.1413. USD kekal kukuh pada hari pertama minggu ini. Kenaikan GBPUSD dijangka akan terbantut.

Secara amnya, kelemahan Pound Sterling disebabkan oleh sifat matawang ini yang terdedah kepada kemerosotan dalam pasaran saham global dengan tekanan terhadap mata wang yang semakin meningkat apabila pelabur antarabangsa panik dan menjual aset di UK seperti stok dan bon kerajaan.

Para pelabur kini menantikan program ransangan ekonomi kecemasan oleh kerajaan UK sebelum membuat sebarang keputusan. Perkhabaran di pasaran menyatakan nilai program ransangan ini bersamaan dengan nilai 6% KDNK UK.

Secara keseluruhannya, masih lagi tiada cinta buat GBP. Nasibnya kini lebih bergantung kepada pergerakan pasaran saham global.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst –
HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.