Semua negara utama di seluruh dunia berada dalam perintah kawalan pergerakan sekarang kerana isu virus terus menjadi tumpuan manakala pakej bantuan diumumkan dalam skala yang lebih besar. Data minggu ini terutamanya dari Amerika Syarikat agak dipengaruhi oleh isu pandemik. Oleh itu, COVID-19 telah mula memberi impak kepada data ekonomi, impaknya mungkin akan lebih besar dalam sentimen penghujung bulan. Kebimbangan kemungkinan kemelesetan ekonomi boleh terus meningkat jika sektor pekerjaan AS pada bulan Mac kurang memuaskan.
Isnin – 30 Mac 2020
- Harmonized Index of Consumer Prices (EUR, GMT 12:00) – Inflasi awal HICP Jerman bagi bulan Mac dijangka menurun pada 1.4% y/y dari 1.7% y/y.
- Pending Home Sales (USD, GMT 14:00) – Pending home sales meningkat semula pada bulan Januari kepada 5.2% m/m, bagaimanapun, untuk bulan Februari kita dijangka melihat pull-back besar -0.3%.
Selasa – 31 Mac 2020
- Manufacturing PMI (CNY, GMT 01:00)–NBS Manufacturing PMI dijangka menurun sehingga 4.4 pada Mac dari 35.7, sebagai satu perintah berkurung selepas cuti tahun baru cina.
- Gross Domestic Product (GBP, GMT 06:00)– GDP atau KDNK adalah angka yang paling penting dalam ekonomi. KDNK Q4 dijangka tidak berubah pada 0% q/q dan 1.1% y/y.
- Unemployment data (EUR, GMT 07:55)– Kadar pengangguran Jerman pada bulan Mac dijangka meningkat kepada 5.1% dari 5.0%, manakala perubahan pengangguran dijangka memuncak kepada 30K dari data Februari -10K.
- Consumer Price Index (EUR, GMT 09:00) – Inflasi HCPI merosot ke 1.2% y/y pada bulan Februari dari 1.4% y/y pada bulan sebelumnya, manakala inflasi teras meningkat sehingga 1.2% y/y dari 1.1% y/y pada bulan Januari. Data teras bulan ini dijangka tidak berubah, sementara HICP dijangka lebih rendah pada 0.8% y/y.
- Gross Domestic Product (CAD, GMT 12:30) –Keputusan KDNK Kanada untuk bulan Januari dilihat perlahan, pada kadar bulanan 0.2% berbanding bulan sebelumnya 0.3%.
- CB Consumer Confidence (USD, GMT 14:00)– Conference Board Index dijangka menurun kepada 121.0, berbanding dengan 130.7 pada bulan sebelumnya.
Rabu – 01 April 2020
- Caixin Manufacturing PMI (CNY, GMT 01:45)–Caixin manufacturing PMI dijangka meningkat kepada 46.5 daripada 40.3 pada bulan Februari.
- ADP Non-Farm Employment Change (USD, GMT 12:15) – ADP Employment dilihat pada 216k untuk Mac berbanding dengan 183K pada bulan Februari.
- ISM Manufacturing PMI (USD, GMT 14:00) – ISM index dijangka jatuh ke 43.0 pada Mac dari 50.1 pada bulan Februari, berbanding dengan paras tertinggi dalam 14 tahun pada 60.8 pada Ogos 2018.
- EIA Crude Oil Stocks Change (USOIL, GMT 14:30)
Khamis – 02 April 2020
- Trade balance (USD, GMT 12:30) – Defisit perdagangan AS menguncup -6.7% kepada – $45.3 bln pada Januari berikutan kenaikan 11.0% Disember kepada – $48.6 bln. Data bulan Februari dijangka lebih tinggi.
Jumaat – 03 April 2020
- Retail Sales (AUD, GMT 00:30) – Jualan Runcit Februari dijangka naik sebanyak 0.4%, selepas kejatuhan pada Januari sebanyak 0.3%.
- TUMPUAN MINGGU INI – Non-Farm Payrolls (USD, GMT 12:30) – Penurunan bilangan non-farm sebanyak -100k untuk bulan Mac dijangkakan, selepas kenaikan 273k pada kedua-dua bulan Februari dan Januari. Ini berdasarkan kepada andaian seperti pengurangan pekerja kilang -20k pada Mac. Kadar pengangguran dijangka naik kepada 3.8% daripada 3.5%, berikutan impak wabak COVID-19.
- ISM Non-Manufacturing PMI (USD, GMT 14:00) –
- Indeks ISM-NMI dijangka jatuh ke 49.0 dari 57.3 pada bulan Februari, berbanding paras terendah 53.5 pada September 2019 dan paras tertinggi dalam 13 tahun pada 61.2 pada September 2018. Data ekonomi akhirnya mula menunjukkan impak terjejas akibat wabak coronavirus dan perang harga OPEC, dan ia lebih teruk bagi laporan akhir Mac berbanding laporan pada awal Mac lepas.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.