Kemas kini FX – Sterling Lemah & CADJPY – Badai Yang Sempurna

Trading Leveraged Products is risky

GBPUSD & CADJPY, H1

GBP lebih lemah hari ini selepas kenaikan tinggi pada minggu lepas. GBPUSD mencatatkan paras tertinggi selama 17 hari pada 1.2486 pada hari Jumaat, yang merupakan kemuncak pemulihan dari paras terendah dalam 35 tahun yang dicatat pada 20 Mac pada 1.1409. Pasangan matawang ini sedang didagangkan di bahagian atas 1.2300. Kira-kira dua pertiga daripada pemulihan daripada trend utama yang menunrun mencerminkan kelemahan Pound berbanding Dolar, Dengan pengaruh dasar Fed, sementara penstabilan yang luas di pasaran global minggu lalu memberi peluang buat Pound untuk mengukuh semula, setelah mengalami prestasi yang ketara semasa tempoh panik di pasaran baru-baru ini.

Walaupun terdapat pemulihan yang mengagumkan, Pound masih kekal turun kira-kira 7% berbanding Dolar pada tahun-terkini, dan menyusut sebanyak 6% dan 7.5% turun berbanding Euro dan Yen dalam tempoh yang sama. Kemungkinan mata wang UK kekal terdedah kepada risiko dalam beberapa bulan akan datang adalah tinggi. Krisis koronavirus dijangka kekal untuk satu tempoh yang agak panjang dan kami menjangkakan pasaran global akan terus dalam keadaan berisiko tinggi, walaupun usaha rangsangan ekonomi global besar-besaran. Ini adalah latar belakang negatif untuk Sterling, memandangkan keadaannya yang terdedah kepada risiko dalam pelaburan asing ketika pasaran bermasalah untuk membiayai defisit akaun semasa UK. Brexit juga kekal sebagai ancaman terhadap Pound dengan kerajaan Boris Johnson berhajat untuk mengeluarkan UK daripada keahlian khas kastam Kesatuan EU dan pasaran tunggal pada akhir tahun ini, yang akan meletakkan sebahagian besar perdagangan UK dalam keadaan kurang baik dalam terma WTO. Walaubagaimanapun, Johnson dijangka akan memilih memanjangkan tempoh peralihan berbanding perjanjian yang kurang baik pada 31 Disember.

Pergerakan harga Intraday yang besar pada hari Jumaat lepas turut membolehkan CADJPY sekali lagi menjadi penggerak terbesar (-0.92%) setakat jam 10:00 GMT. Pasangan ini bergerak pada julat yang besar (selepas BOC memotong kadar faedah & harga minyak yang rendah). Ia didagang dengan gap ke bawah melepasi paras terendah Jumaat (S1) 76.2 dan menyusut ke 76.20. Ia mengukuh sedikit ke 77.00 sebelum kembali menurun. MA menunjukkan Gerakan kebawah, RSI (38) dalam keadaan lemah dan MACD masih lagi menunjukkan indikasi lemah dimana Sotchastic bergerak melepasi bawah 50- ATR H1 adalah 0.2820 dan ATR daily 1.76.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.