Sentimen pasaran agak positif pada sesi Asia dan Bursa Future US juga positif di awal dagangan. Bursa Australia ASX 200 melonjak 4.3% selepas berita Saintis Australia melaporkan Ivermectin keluaran Merch berjaya membunuh coronavirus dalam tempoh 48 jam dan ujian ke atas manusia akan dijalankan. Indeks Nikkei 225 turut mengukuh 2.3%.
Berikutan itu, AUDJPY mengukuh pada sesi Asia dan kini menunjukkan pergerakan yang menarik. AUDJPY melinjak di awal pagi sehingga 65.91 juga bersamaan R2 (MA200 juga di paras sama) sebelum menyusut ke R1 65.44 dan kini kembali menguji paras R2 dan MA200 tersebut. Resistance berikutnya di paras R3 66.22. Manakala R1 kini adalah support kukuh diikuti daily Pivot di 65.13. Paras MA50 sedikit dibawah R1 pada 65.25.
Sekiranya sentimen pasaran kekal positif, kemungkinan AUDJPY untuk terus mengukuh adalah tinggi selepas kejatuhan besar pada bulan Mac 2020.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.