Telah menjadi kebiasaan untuk menerima berita buruk mengenai pasaran pada masa sekarang, tuntutan pengangguran mingguan (weekly jobless claims) memberi bayangan keadaan yang teruk di pasaran buruh. Ekuiti AS agak lemah di tengah sentimen kurang baik (risk off) dan laporan pekerjaan yang mendedahkan keadaan lebih buruk dengan bacaan -701k pada bulan Mac dan kadar pengangguran melonjak kepada 8.7% daripada 7.0%.
Sementara itu, Dollar menunjukkan reaksi bercampur terhadap laporan sector buruh. Bacaan lebih buruk dari jangkaan walaupun ianya bukan kejutan berikutan kenaikan tuntutan pengangguran sejak 2 minggu lepas. USDJPY jatuh ke 108.25 sebelum naik semula ke paras 108.60, manakala EURUSD susut ke 1.0780 dari 1.0800. USDCHF meneruskan kenaikan ke 0.9794, kenaikan hampir 76% daripada penurunan pada 20 Mac.
EURUSD mencatatkan penurunan terendah dalam 9 hari pada 1.0774, penurunan (lower low) hari ke-5 berturut-turut, di mana ia meneruskan pembetulan (correction) dari kenaikan 17 hari yang kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas di 1.1148. Pasangan matawang ini kekal di atas paras rendah yang direkodkan ketika isu kecairan Dollar (Dollar liquidity crunch) pada paras 1.0637, sebelum Fed dan Bank Pusat lain campur tangan untuk menenangkan pasaran daripada permintaan tinggi terhadap dollar. Secara keseluruhan, tinjauan kekal negative untuk matawang ini dengan ianya kekal dibawah 3 daily SMA dan negatif momentum indicator dapat dilihat. Ia dapat disimpulan permintaan terhadap Dollar berbanding Euro adalah tinggi.
Data sektor buruh pada bulan Mac telah merekodkan kehilangan pekerjaan lebih awal daripada jangkaan pasaran, dengan penurunan ketara dalam bahagian pekerjaan berdasarkan jam, penurunan pengambilan pekerja untuk sektor kerajaan, sektor buruh (labor force, participation rate) dan kenaikan kadar pengganguran. Walaupun kadar gaji kekal, ia disebabkan oleh ramai pekerja dari skala gaji rendah yang banyak dibuang.
Analisa spesifik: Nonfarm payrolls untuk Mac jatuh -701k selepas kenaikan Febuari 275k (sebelum itu 273k), yang mengakhiri kenaikan pekerjaan selama 9.5 tahun. Sektor penghasilan bahan jatuh -54k dari 57k (data sebelum 61k). Sektor sevis jatuh -659k selepas naik 185k (data sebelum 167k) pada Febuari. Sektor hospitaliti jatuh -459k berbanding 45k (data sebelum 51k). Sektor pendidikan.kesihatan jatuh -76k berbanding kenaikan 65k (data sebelum 54k). Sektor kerajaan naik 12k, dengan 18k ditambahkan ke gaji Persekutuan. Kadar pengangguran melonjak kepada 4.4% (4.38%) daripada 3.5%. Purata pendapatan setiap jam naik 0.4% berbanding 0.3%
Kelemahan yang dilaporkan pada laporan pekerjaan pertengahan bulan Mac mungkin akan mendorong semakan semula ke bawah dalam anggaran KDNK Q1, dengan anggapan bahawa Suku itu dapat terkesan dengan lebih banyak risiko ekonomi daripada yang diandaikan sebelumnya.
Di luar pemasaan Q1 berbanding angka pertumbuhan Q2, kejutan dalam laporan hari ini adalah lebih tinggi lagi dari tinjauan yang dijangka pada akhir bulan Mac daripada magnitud penurunan, kerana sebahagian besar kehilangan pekerjaan masih akan ditrekod dalam kaji selidik untuk bulan April.
Oleh kerana Fed sudah dalam mod pelonggaran maksimum, laporan seperti hari ini tidak mungkin akan mengubah laluan dasar monetari.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.