Mesyuarat OPEC+ dan USOIL: Apa Yang Kita Perlu Tahu

Pendahuluan

Hari ini merupakan hari penting untuk dagangan Minyak kerana OPEC+ akan mengadakan mesyuarat. Pasaran menantikan keputusan Russia sama ada mereka akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah atau tidak. Mesyuarat dijangka berlangsung pada jam 10 malam Malaysia dan dijangka berlarutan sehingga awal pagi waktu MY.

Pasaran pada awal pagi tadi melonjak 10% berikutan kenyataan Menteri minyak Algeria yang OPEC+ mungkin memotong sehinggga 10 mbpd (juta tong sehari) walaupun ia agak kontras dengan kenyataan Russia yang menganggarkan pemotongan hanya sebanyak 14% dari kadar pengeluaran Q1 bagi semua pemegang taruh. Ia adalah amat sedikit iaitu sekitar 4 mbpd dari OPEC dan 1.6 mbpd dari OPEC+. Ini masih belum dikira pengeluaran Arab Saudi yang berganda pada April (2.5mbpd). Jumlah dari ketiga sumber ini masih jauh di bawah anggaran Menteri Minyak Algeria.

Senario Semasa

Analisa adalah berasaskan USOIL (Futures NYMEX).

1. Sekiranya persetujuan untuk mengurangkan kadar pengeluaran minyak, USOil dijangka mengukuh untuk jangka pendek. Ia mungkin akan mencecah paras tertinggi bulan April di $29.00 dan berhampiran $34.00 di kawasan resistance dan juga Fibo expansion 100.

2. Sekiranya tiada persetujuan dari Russia untuk mengurangkan keluaran minyak, pasaran dijangka akan melepaskan pegangan belian mereka. Harga USOil dijangka jatuh sehingga support berhampiran $23.48, kawasan ini juga bersamaan dengan 50MA H4. Paras terendah direkodkan di $19.20.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang kini merudum akibat isu koronavirus, pasaran minyak tidak dapat menerima sebarang kemungkinan kegagalan mesyuarat OPEC+ kali ini.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.