EURUSD Menunjukkan Sinar Menjelang Hujung Minggu

Pasaran secara keseluruhan agak positif selepas FED mengumumkan senjata terbaru QE tanpa had mereka iaitu dana sebanyak $2.3 trilion untuk pinjaman di pasaran terbuka yang bertujuan untuk membantu syarikat yang dalam kategori ‘junk’ serta menyokong ‘high yield ETF’. USD telah mengalami penurunan berikutan tindakan FED tersebut. Manakala matawang lain menokok berikutan kelemahan USD.

EURUSD kini cuba menghampiri harga tertinggi semalam di 1.0951. Ia mencatat kenaikan lebih 100 pips pada hari Khamis dan momentum masih lagi kekal ke atas. Resistance berikut adlah di R1 1.0962 diikuti R2 1.1017. Support terdekat kini berada di Daily pivot iaitu 1.0906 diikuti S1 1.0862. Apa yang menarik iala tanda awal persilangan 1H 50 MA dan 200 MA sedang berlaku.

Pasaran hari ini dijangka agak lembap berikutan cuti “Easter” oleh negara di Eropah dan Amerika. Sila jaga risiko dalam dagangan anda.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu