Acara Menarik Untuk Minggu Hadapan

Minggu yang pendek bermula di mana pasaran utama ditutup pada hari Isnin (Easter), tetapi menjadi tumpuan pada hari Rabu dan Khamis dengan keputusan kadar BoC dan sidang akhbar, data pekerjaan Australia dan Inflasi dari EU.

Selasa – 14 April 2020

  • Trade Balance (CNY, GMT N/A) – Imbangan perdagangan China dijangka positif pada bulan Mac, yang berjumlah $ 18 bln, berbanding defisit $ 7 bilion pada Februari.

Rabu – 15 April 2020

  • Retail Sales (USD, GMT 12:30) –  Jualan Runcit dijangka menurun menjadi -3.4% untuk penjualan runcit utama dan -0.9% untuk angka ex-auto, menyusuli penurunan Februari -0.5% retail sales dan -0.4% ex-auto.
  • Tumpuan Minggu Ini – BoC Interest Rate Decision & Press Conference (CAD, GMT 14:00 – 15:15) – Pada 27 Mac, Bank of Canada memotong 50 mata asas kepada 0.25%. Pengurangan kadar kepada 0.25% dijangka sama ada pada atau sebelum tarikh mesyuarat 15 April. Dalam pertemuan minggu ini, perubahan kadar adalah tidak dijangkakan. Seperti kenyataan pada 27hb: “Keputusan kadar yang tidak berjadual ini membawa kadar ke paras yang lebih rendah dari sepatutnya dan ianya bertujuan untuk memberi sokongan kepada sistem kewangan Kanada dan ekonomi semasa pandemik COVID-19.” Bank melancarkan dua program baru: 1. Program Pembelian Kertas Komersial (CPPP) untuk membantu mengurangkan tekanan dalam pasaran pendanaan jangka pendek dan dengan itu mengekalkan sumber pembiayaan utama untuk perniagaan dan 2. Pengambilalihan sekuriti GoC di pasaran sekunder, dengan pembelian bermula dengan minimum C$5 bln setiap minggu melintasi keluk hasil (across the yield curve). BoC akan mengkoordinasi dengan pihak G7 dan kerjaan serta “bersedia untuk mengambil tindakan lanjut seperti yang diperlukan untuk menyokong ekonomi Kanada dan sistem kewangan dan untuk menjaga inflasi kekal dalam sasaran.”

Khamis – 16 April 2020

  • Labour Market Data (AUD, GMT 01:30) – Ketika dunia berubah pada bulan Mac ketika wabak pandemik mendorong penutupan ekonomi yang meluas di seluruh dunia, perubahan pekerjaan untuk bulan Mac dijangka mengalami penurunan kepada -40K dari 26.7K pada bulan Februari, sementara kadar pengangguran dijangka meningkat hingga 5.5% pada Mac, berbanding dengan 5.1% pada bulan sebelumnya.
  • Harmonized Index of Consumer Prices (EUR, GMT 06:00) – Data German HICP preliminary inflation untuk bulan Mac dijangka kekal tidak berubah pada 1.3% y/y.
  • Housing Data (USD, GMT 12:30) – ‘Housing Start dijangka turun ke tahap 1.300 juta pada bulan Mac, setelah jatuh ke tahap 1.599 juta pada bulan Februari dari bacaan tertinggi dalam 14 tahun pada 1.624 juta pada bulan Januari. Permit rumah dijangka jatuh kepada 1.360 juta pada Mac, selepas jatuh ke 1.452 juta pada bulan Februari. Data Permit rumah telah menumbuh dengan baik sejak Q2 tahun 2019, di samping data perumahan baru yang kukuh.
  • Jobless Claims (USD, GMT 12:30) – Gangguan dari COVID-19 dan dasar-dasar kerajaan dijangka terus meningkatkan data tuntutan ke tahap yang paras lebih tinggi dari sebelumnya.
  • Philly Fed Index (USD, GMT 12:30) – Indeks Philly Fed dilihat jatuh ke -35.0 berbanding 36.7  (tertinggi dalam 37 bulan) pada bulan Februari. Bacaan bulan Mac untuk Philly Fed menandakan tahap rendah sejak Julai ’12. Bacaan April kini dijangka menurun lebih jauh, hingga -26. Pasaran akan memberi tumpuan kepada impak berterusan daripada wabak COVID-19 dan penutupan perniagaan mandatori yang berkaitan dengan laporan April. Indeks dijangka akan melantun apabila arahan perintah pergerakan terhad dimansuhkan tetpai bukan untuk waktu terdekat.

Jumaat – 17 April 2020

  • Gross Domestic Product (CNY, GMT 02:00) – Pertumbuhan suku pertama 2020 dijangka perlahan dengan ketara, mengesahkan kelembapan yang disebabkan oleh wabak Covid-19.. Bacaan itu dijangka pada -10.0% q/q dari 1.5% q/q yang dicatat pada Q3 dan Q4 tahun 2019.
  • EU CPI inflation (EUR, GMT 09:00) – Data ‘core’ dan keseluruhan inflasi CPI dijangka naik untuk asas bulanan kepada 1.1% dan 0.5%.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu.