Dolar telah menurun tetapi pulih sedikit dalam keadaan pasaran yang masih bercuti. USDIndex susut ke paras terendah dalam 2 minggu pada 99.14 sebelum mengukuh di atas 99.50. EURUSD naik ke paras tertinggi dalam 11 hari pada 1.0968 sebelum berundur ke tahap 1.0900. GBPUSD telah mencetak harga puncak dalam satu bulan pada 1.2537 sebelum mengalammi pembetulan harga di atas 1.2400. USDCAD mencatatkan paras tertinggi 1.4001 selepas membuat paras terendah empat minggu pada 1.3923 pada awal pembukaan perdagangan, yang bersamaan dengan kenaikan harga minyak, yang kekal di bawah paras tertinggi pada hari Jumaat walaupun kumpulan pengeluar OPEC ++ mengesahkan potongan pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.7 juta barel sehari. Pemotongan yang lebih besar diperlukan untuk menyamakan dengan penurunan permintaa disebabkan wabak virus yang menjejaskan seluruh dunia. Emas kekal di harga tertinggi hari Khamis dan menguji $1695.00 di sesi awal dan menghampiri paras 9 Mac dengan $1700, kembali menjadi tumpuan pada minggu ini.
AUDUSD kekal dalam julat yang dilihat pada hari Jumaat. Manakala Yen menjadi tumpuan safe haven dan mengukuh sekitar 0.5% lebih tinggi terhadap dolar dan euro. USDJPY menyaksikan paras terendah 11 hari pada 107.79. Kebanyakan pasaran saham Eropah ditutup hari ini, sementara dagangan S&P 500 menunjukkan penurunan sebanyak 1%, menjelang sesi New York.
Berkenaan isu koronavirus, terdapat berita bercampur-campur. Sepanyol bersedia untuk membuka semula sebahagian sekatannya, dan Jerman melaporkan kes lebih rendah untuk hari ketiga berturut-turut, tetapi Perancis mengumumkan bahawa ia akan terus dikunci selama beberapa minggu lagi dan China pada hari Ahad melaporkan kadar jangkitan tertinggi dalam tempoh lima minggu (walaupun ini hanya 108) dan meningkatkan sekatan sempadan di wilayah utara yang bersempadan dengan Rusia. Amerika Syarikat terus melaporkan kenaikan tinggi dalam kedua-dua kes yang disahkan dan kadar kematian, walaupun terdapat tanda-tanda bahawa kadar kes mula melalui fasa lengkung rata di titik panas seperti New York.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Stuart Cowell
Head Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu