Risk on, Risk off ….

EURJPY bergerak berbeza dengan EURUSD di mana ia bergerak ke harga yang lebih rendah berikutan bidaan terhadap safe haven sederhana yang mendorong pengukuhan Yen. Ini telah menyebabkan penurunan ke paras pertengahan 117.50, mendekati harga terendah pada minggu lalu dan juga semakin jauh dari SMA 20-hari serta jauh di bawah garisan bawah (down-channel) 2020 untuk hari kedua berturut-turut.

Harga tertinggi semalam pada 118.68 setakat ini kekal tidak dicabar, manakala harga terendah semalam masih belum dipecahkan untuk mengesahkan kesinambungan penurunan. Kondisi ‘Risk-off’ masih terdapat di pasaran dan memberi tekanan kepada pasangan matawang ini, walaupun pergerakan yang lebih rendah mungkin disebabkan oleh pasaran Eropah yang ditutup. Kini, pasaran global kembali ke aksi penuh berikutan hujung minggu yang panjang di kebanyakan pusat kewangan di Eropah dan Asia Pasifik.

Data ekonomi telah menjadi pertimbangan sekunder walaupun laporan mula menunjukkan impak kemusnahan yang dilakukan oleh penurunan ekonomi pada bulan lepas – penurunan besar yang dijangkakan dalam aktiviti dijangkakan. Pada minggu lalu, menteri kewangan Eropah dan Zon Eropah akhirnya berjaya mencapai persetujuan dengan pakej sokongan bersama untuk langkah-langkah yang dirancang untuk menangani kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Kini, beberapa negeri di AS dan beberapa negara di zon Eropah, termasuk Sepanyol dan Itali, bercadang untuk membuka semula aktiviti ekonomi secara berperingkat.

Oleh itu, EUR dijangka kekal dalam corak dagangan yang tidak berubah dalam tempoh terdekat antara 117.30-117.93, kecuali jika penjual berjaya memecahkan harga di bawah 117.30. Ini boleh menghampiri paras harga terendah Mac dan ‘Lower Bollinger Band’ pada 116.11-116.40.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu