CADJPY – Dipengaruhi Oleh Minyak dan Sentimen Pasaran

CADJPY vs USOIL

CADJPY menjadi pasangan matawang yang menarik berdasarkan situasi semasa. Kebelakangan ini, pergerakan harga CAD banyak dipengaruhi oleh pergerakan harga minyak mentah WTI (USOIL). Penyusutan harga minyak USOIL jelas memberi kesan kepada kelemahan CAD dan begitu juga pergerakan sebaliknya. Manakala JPY merupakan matawang tumpuan ketika sentimen pasaran negatif (Risk-Off). Ia mendapat permintaan yang tinggi oleh pedagang ketika sentimen risk-off dan dijual semula sebaik sahaja sentimen bertukar kepada positif (Risk-off). Ini menunjukkan korelasi yang tinggi diantara-pasaran (intermarket) untuk kedua-dua CADJPY dan USOIL.

Analisa Teknikal

Berdasarkan situasi semasa, CADJPY menunjukkan sedikit kenaikan untuk hari kedua berturut-turut selepas penurunan diawal minggu. Ia kini didagang di sekitar harga 76.30. Paras tertinggi 22 April 76.39 merupakan resistant intraday yang kukuh, ia telah diuji tadi dan gagal ditembusi. Resistant seterusnya berada di paras pivot R1 di 76.45 dan 1H MA200 di 76.55. Support terdekat kini berada di daily pivot di paras 76.01 dan diikuti paras 1H MA50 di 75.91. Indikator MACD masih lagi menunjukkan signal line berada di kawasan positif, walaupun ianya menunjukkan momentum sedikit perlahan.

Dengan tumpuan utama pasaran masih lagi tertumpu kepada volatiliti tinggi pergerakan minyak mentah USOIL, pergerakan CADJPY dijangka akan terus terdedah dengan secara langsung terhadap volatiliti ini.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu