NZDUSD: Matawang Risk-On dan Formasi Double Bottom

NZDUSD mengukuh di sesi Asia berikutan keadaan pasaran yang agak tenang. Penganalisa pasaran dari ANZ Bank memberi penjelasan bahawa matawang ‘Kiwi’ ini agak rumit untuk diramal pergerakannya kerana sifat nya sebagai matawang komoditi dan matawang ‘risk-on’. Ia terdedah kepada risiko volatiliti tinggi disebabkan oleh ketidaktentuan sentimen pasaran.

Selepas mencatat kejatuhan dua hari berturut-turut berikutan sentimen negatif pasaran yang berpunca daripaa tuduhan Trump ke atas China dalam isu penyebaran Coronavirus. NZDUSD didagang tinggi pada pagi ini. New Zealand merekodkan SIFAR kes baru Covid-19 dan RBNZ memberi bayangan mereka tidak akan memotong kadar faedah dan mengumumkan mereka akan memberi peruntukan kewangan untuk program ‘Business Finance Guarantee Scheme’ (BFGS) melalui ‘Intra-day Liquidity Facility’ (TLF).

NZDUSD kini didagang di 0.6065 naik dari paras terendah 0.6008 semalam. Paras terendah semalam merupakan kawasan support yang penting kerana ia telah membentuk formasi ‘double-bottom, dengan kawasan neckline 0.6058 telah dipecahkan pada pagi ini. Paras support terdekat adalah 0.6047(23.6% fibo). Harga Kiwi kini mendekati paras resistant yang agak kukuh di sekitar 0.6071 yang juga berhampiran dengan fibonacci retracement 38.2. Sekiranya resistant ini dipecahkan, ia dijangka menguji resistant berikuta di 0.6091 (50% fibo) atau 0.6111 (61.8% fibo dan juga kawasan SBR).

Indikator MACD menunjukkan signal line mula melepasi paras 0 dan histogram kini menunjukkan kenaikan.

 

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu