Hasil Pulangan Menyusut Berikutan Ketidaktentuan Pasaran

Beberapa faktor telah merangsang optimis baru-baru ini bahawa kawalan pergerakan akan dilonggarkan dan ekonomi akan mula berkembang semula. Setelah Wall Street merekodkan bulan terbaiknya sejak 1987, indeks tersebut merosot lagi pada akhir minggu ini kerana kebimbangan pembukaan semula negeri-negeri akan lebih lambat dan tidak teratur, kemungkinan akan ada gelombang kedua virus, dan kemungkinan penggunaan dan pengeluaran tidak akan kembali normal tahun ini.

Laporan data yang lemah akibat impak virus menambah ketidakpastian mengenai masa dan tahap pemulihan serta melemahkan harapan untuk pantulan berbentuk V yang cepat. Prospek yang agak suram dari Fed dan ECB juga mempengaruhi sentimen pelabur, walaupun bank mengesahkan mereka akan menyokong sepenuhnya pasaran kewangan. Kebimbangan akan ketegangan AS-China yang semakin meningkat juga menambah kepada intonasi bearish ketika Presiden Trump menimbangkan tindakan beliau.

Pentadbiran Trump mengulangi tuduhan mereka mengenai China dan wabak coronavirus, dengan Setiausaha Negara AS Pompeo mengatakan pada hari Ahad bahawa terdapat “sejumlah besar bukti” bahawa virus itu muncul dari makmal di Wuhan. Beijing, melalui sebuah editorial di Global Times yang dikawal mereka. Laporan minggu lalu menunjukkan bahawa Rumah Putih sedang mempertimbangkan untuk mengambil sejumlah langkah terhadap China, termasuk tarif baru. Dapat dilihat dengan jelas bahawa motif Trump untuk menyalahkan China adalah tinggi kurang dari 6 bulan dari pilihan raya presiden, walaupun hubungan yang merosakkan antara dua ekonomi terbesar tetap menjadi perhatian para pelabur.

Oleh itu, ketika para pelabur menilai kembali kenaikan besar dari bulan April dengan kebimbangan baru mengenai hubungan AS-China, dengan data menunjukkan gambaran kontraksi yang mendalam di seluruh dunia dan jangkaan bahawa mereka akan menjadi lebih buruk untuk Q2, dan harapan untuk pemulihan yang cepat berbentuk V semakin kelam.

Ia menyebabkan ‘risk aversion’ (penghindaran risiko ) kembali ke landasan dengan sentimen pasaran kembali kepada penjual. Indeks Ekuiti jatuh lebih rendah, diikuti oleh bursa Eropah ketika mereka turut menyusut seperti AS pada hari Jumaat. GER30 susut sekitar -3.5%, dengan niaga bursa hadapan AS turun -1%. Di Eropah, kadar faedah Eropah lebih murah dengan Bund naik 3 bps menjadi -0,562%, dan spread semakin melebar, walaupun ada jaminan lebih lanjut dari wakil presiden ECB Guindos yang menekankan ECB komited untuk mencegah pemecahan dan ketegangan di pasaran.

Perhatian juga harus beralih kepada bil Perbendaharaan dan Keluk hasil (yield curve), kerana seperti yang terjadi pada masa lalu, Keluk hasil dapat memberikan gambaran tentang bagaimana para pelabur percaya ekonomi akan berkembang. Keluk hasil menggambarkan hubungan antara hasil bon dan kematangan bon dan dengan demikian ia merupakan petunjuk utama untuk kemelesetan ekonomi, pemulihan atau pengembangan.

Buat masa ini dengan penambahan bekalan, dengan pengumuman pengembalian dana Mei pada hari Rabu, pengurangan selanjutnya dalam pembelian Fed (sekarang pada $8 bilion sehari berbanding $10 nilion), dan hasil mendekati yang paras terendah dalam rekodn, telah meletakkan harga di bawah paras harga lantai. Hasil pulangan 10 dan 30 tahun secara fraksional lebih rendah pada 0.634% dan 1.280%, sementara hasil 2-tahun sedikit lebih tinggi pada 0.200%, tetapi kekal dalam julat kecil selama dua minggu terakhir. Keluk juga agak stabil, pada masa ini pada 44 bps, berhampiran titik pertengahan 36 bps hingga 52 bps sejak akhir Mac.

Penting! Hubungan antara bon dan ekuiti adalah kunci kerana banyak faktor. Yang paling penting adalah mengejar hasil pulangan. Apabila harga bon meningkat, ia bermaksud hasil bon akan menurun. Apabila hasil bon menurun, ekuiti menjadi lebih menarik, kerana banyak syarikat kukuh membayar dividen biasa, yang sering kali lebih tinggi daripada hasilnya.

Pelabur masuk ke ekuiti, dan harga ekuiti meningkat seiring dengan harga bon. Atau, dengan kata lain, harga ekuiti mempunyai hubungan songsang dengan hasil bon, kerana semakin rendah hasil pada bon, semakin tinggi daya tarikan ekuiti. Oleh itu, penurunan hasil bon baru-baru ini dapat dilihat sebagai menyokong pasaran Ekuiti dalam masa terdekat kerana pelabur sedikit optimis dalam jangka masa terdekat.

 Sila ambil perhatian bahawa Perbendaharaan mengumumkan pengembalian dana pada bulan Mei pada hari Rabu dan diharapkan dapat menggariskan pengwujudan semula bon 20 tahun, disamping aktiviti jualan biasa. Hasil simpanan telah merosot 1-2 mata asas berikutan sedikit peningkatan pada perdagangan safe haven. Oleh itu penurunan lebih lanjut dapat meningkatkan safe haven sementara pembalikan akan membebankan safe haven.

Adalah penting untuk mengigati bahawa hubungan antara pasaran mengatur tindakan harga mata wang. Hasil bon berfungsi sebagai petunjuk yang sangat baik bagi kekuatan pasaran saham negara, yang meningkatkan permintaan untuk mata wang negara dan sebaliknya. Sebagai contoh, hasil bon AS mengukur prestasi pasaran saham AS, sehingga mencerminkan permintaan untuk Dolar. Selain itu, dengan mengawasi spread bon antara dua negara, anda dapat meramalkan perubahan dalam kadar faedah dan anda akan mempunyai idea di mana pasangan mata wang (kedua negara tersebut) akan bergerak.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu