AUDUSD Kekal Dibida Di Atas Paras 0.6500

Laporan daripada agensi berita Xinhua bahawa wakil dagangan daripada AS dan China telah berhubung melalui talian telefon memberi sentimen yang baik kepada pasaran. Timbalan PM China Liu He, Setiausaha Kewangan Steven Mnuchin dan Wakil Rundingan Robert Lighthizer dilaporkan terlibat dalam tele-konferens tersebut. Mereka dilaporkan memberi komitmen penuh tehadap perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Ia memberi sokongan kuat kepada matawang komoditi terutamanya matawang Australia Dollar. AUDUSD melonjak dan mencatat harga tertinggi minggu ini di 0.6547 sebelum menyusut sedikit. AUD dollar yang masih dalam pemulihan berikutan kejatuhan teruk pada bulan Mac yang disebabkan oleh krisis kecairan pasaran. Ia mencapai paras terendah 0.5506 yang kali terakhir dicatat pada tahun 2003.

AUD kini didagang di sekitar 0.6520, Ia sedikit rendah dari paras tertinggi hari ini 0.6547. AUDUSD telah menunjukkan momentum bullish yang kuat sejak dari 2 hari lepas. Paras resistant terdekat kini berada di paras tertinggi 2 bulan 0.6569. Untuk memungkinkan momentum bullish yang kukuh, ia perlu melepasi paras 0.6569 dan ia memberi kemungkinan tinggi untuk menguji paras resistant seterusnya di FE200.00 0.6659. Paras support terdekat kini berada di paras FE161.8 0.6476 yang juga merupakan paras RBS yang kukuh. Paras terendah minggu ini ialah 0.6377. Bacaan indikator RSI menunjukkan ia gagal melepasi paras 70, tetapi masih menunjukkan kekuatan ke atas.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu