- Pendedahan jualan kepada USD meningkat 222.4K berbanding 192.7K minggu sebelumnya. Ia merupakan kedudukan paling bearish terhadap dolar sejak Februari 2016. QE tanpa had Fed jelas menyumbang kepada kenaikan kedudukan jualan USD.
- EUR long kekal sebagai kedudukan belian terbesar, dengan kedudukan belian bersih (net-long) pada 76K. Tahap tertinggi sejak Jun 2018. Namun, kedudukan panjang berkurang berbanding dari minggu sebelumnya kerana spekulator berhati-hati dengan risiko premium EURO.
- Kenaikan jualan GBP kepada 12K vs 7K jualan minggu lalu. Angka jualan meningkat sebanyak 5K. BoE mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuarat dasar terakhir. Walau bagaimanapun, pendedahan GBP terhadap risiko kecairan kewangan menjadikannya berada dalam kedudukan bearish.
- Posisi belian JPY telah berkurang sebanyak 5K. Posisi belian bersih (net-long) adalah 27K berbanding 32K minggu lalu. Sentimen risk-on di pasaran membantu mengurangkan permintaan terhadap JPY.
- AUD mencatatkan penurunan jualan bersih (net-short) kepada 33K berbanding 38K minggu lalu. Spekulator mengurangkan jualan sebanyak 5K. Pendedahan net-short telah menurun setelah sentiment pasaran Kembali pulih dan menyokong matawang komoditi
Kedudukan jualan bersih 9net-short) - CAD meningkat kepada 32K berbanding 29K minggu lalu. Tekanan dari volatiliti harga minyak menyebabkan para spekulator mengekalkan pendedahan jualan mereka kepada CAD.
- Kedudukan jualan bersih (net-short) NZD meningkat sedikit sebanyak 1K. Posisi jualan bersih meningkat kepada 15K berbanding 14K minggu lalu. Pemulihan sentimen pasaran dan data ekonomi New Zealand lebih baik daripada jangkaan membataskan pertaruhan jualan oleh spekulator.
- Pendedahan belian CHF meningkat sedikit kepada 8K berbanding 6K minggu lalu.
Open Interest | Long | Short | Net Position | |
5-May | ||||
EUR | 541624 | 169272 | 92973 | 76299 |
GBP | 161083 | 28096 | 40101 | -12005 |
JPY | 152042 | 56634 | 29420 | 27214 |
CAD | 119300 | 17007 | 49059 | -32052 |
AUD | 129293 | 23541 | 56996 | -33455 |
NZD | 44372 | 12042 | 26995 | -14953 |
CHF | 36257 | 12967 | 5176 | 7791 |
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu