XAUUSD: Pertarungan Bull dan Bear di Paras $1700

XAUUSD masih lagi mencari arah tuju berikutan pergerakan yang agak mendatar dan konsolidasi di paras $1,700.

Dengan sentimen pasaran yang sentiasa bertukar berikutan berita bercampur-campur (positif dan negatif) dalam isu coronavirus dan kebimbangan perang dagang AS-China meletus semula. “Bull & Bear” masih lagi bertarung untuk memperoleh penguasaan mutlak dalam harga besi kuning yang berharga.

Pergerakan candlestick XAUUSD menunjukkan pergerakan sideway di mana di carta harian (D1) formasi Harami ataupun inside bar telah terbentuk sejak Khamis lepas. Pergerakan XAUUSD kini terbatas dalam candlestick besar di dalam julat $1682-$1722. Sebarang pecahan daripada formasi Harami ini akan memberi maklumat awal trend XAUUSD yang seterusnya. Pembentukan formasi segitiga (triangle pattern) turut menyokong kemungkinan pergerakan XAUUSD masih dalam konsolidasi dan masih lagi belum jelas halatujunya.

Dari segi analisis intraday, paras $1700 merupakan paras nombor bulat dan paras psikologi penting di mana harga emas sentiasa berlegar di kawasan ini. Daily pivot turut berada sangat hampir pada $1699.69 (jika dibundarkan ke nombor bulat, ia akan menjadi $1700). Paras 200 H1-SMA juga berada di paras yang sama. ini memberikan justifikasi kukuh $1700 merupakan paras sangat penting dalam menentukan penguasaan bull atau bear.

Paras support terdekat kini berada di paras terendah Isnin $1690 diikuti paras S1 pivot $1687.65. Manakala resistant terdekat berada di H1-50SMA $1705.75 diikuti paras R1 pivot $1709.33. MACD signal line masih lagi di bawah paras 0 tetapi menunjukkan lekuk ke atas. Manakala histogram MACD kini menghampiri ke paras 0.

Pertarungan bull vs bear untuk XAUUSD dijangka berterusan untuk jangka pendek dan dijangka kekal seimbang.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst –
HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.