USDCAD gagal menembusi paras kluster support di julat harga 1.3870-1.3850 buat kali ke-3 sejak 13 April 2020. Kelemahan USD tetap gagal memberikan momentum untuk menekan harga USDCAD terus kebawah. Peningkatan permintaan terhadap USD pada awal sesi Tokyo 21 Mei membolehkan USDCAD mengukuh sedikit dan kini didagangkan di sekitar 1.3935.
Penganalisa pasaran meramalkan pecahan paras support 1.3850 mungkin memberi impak ketara tetapi ianya masih belum memberi sebab yang kukuh untuk meneruskan penurunan. Dengan keadaan sentimen pasaran yang bercampur-campur dan risiko baru perbalahan perang dagang US-China. Paras ini dijangka kukuh untuk waktu terdekat.
Dari sudut teknikal, USDCAD kini membetuk formasi ‘descending triangle’. Ia menunjukkan julat pergerakan harga semakin mengecil. Paras support terdekat kini berada di 1.3865 yang meupakan harga terendah minggu ini diikuti 1.3850 (harga terendah 30 April). Paras resistant yang kukuh berada di sekitar 1.3970 yang juga merupakan kawasan ‘support become resistant’ (SBR). Ia diikuti SBR seterusnya di 1.4018. Indikator RSI-14 masih lagi di bawah paras 50, sebarang momentum kenaikan perlu memecahkan paras ini.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.