Risk-off: AUDJPY Menjadi Tumpuan

Pasaran Asia sedikit bernafas setelah kejatuhan besar di Wall Street dan sektor minyak sewaktu sesi US yang disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan gelombang kedua wabak Covid-19 akan merencatkan pemulihan ekonomi selepas perintah kawalan pergerakan. Ketiga-tiga Bursa utama US30 (Dow Jones), US100 (NASDAQ) dan US500 (S&P500) jatuh lebih dari 5% semalam yang merupakan kejatuhan tertinggi

AUDJPY yang merupakan pasangan matawang rujukan untuk sentimen risk off telah menyusut hampir 200 pips semalam ekoran keadaan pasaran yang dalam keadaan panik.
Ia telah menyusut dari paras tertinggi yang dicapai pada 76.77 pada 8 Jun ke paras terendah 72.51 pada pagi ini. Ia kini naik sedikit ke atas para 73.00 tetapi masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya keadaan pasran kembali bergelora.

Analisis Teknikal

AUDJPY telah mencatat paras terendah pada 72.51 pada pagi ini. Ia kini merupakan paras support intraday yang penting. Paras ini menjadi kritikal kerana paras fibonacci retracement 23.6% daripada kenaikan 19/3-8/6 terletak di 72.78. Kawasan ini juga merupakan support downtrend channel. Resistant terdekat berada di 74.45 yang merupakan paras support become resistance. Ia juga berhampiran dengan paras SMA50 H1 . Ianya diikuti paras resistant di 75.55.

Paras RSI-14 telah menunjukkan melebihi zon oversold dan kini naik semula. Penurunan tidak boleh dianggap berakhir dengan struktur pasaran masih lagi menunjukkan belum ada sebarang ‘new high’ dan ‘higher low’ terbentuk. Sekiranya sentimen bertukar negatif pada sesi London, kemungkinan paras rendah terbaru akan terbentuk.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.