USOIL diniaga jauh lebih rendah, menambah kejatuhan yang dilihat di Wall Street semalam yang berlaku berikutan penyampaian tinjauan FOMC yang agak suram. FOMC “tidak memikirkan memikirkan untuk menaikkan kadar,” kata Ketua Fed Powell, dan “titik” menunjukkan hampir 0% hingga 2022. Selain itu, terdapat juga kebimbangan yang meningkat bahawa gelombang kedua coronavirus dengan keseluruhan jangkitan kini mencapai 2 juta, dengan Texas menyaksikan jumlah jangkitan teritinggi harian.
USOIL menunjukkan penurunan lebih dari 8% hari ini, pada $ 36.15. Kejatuhan bermula semalam setelah peningkatan rekod inventori minyak mentah AS dan unjuran Rizab Persekutuan AS bahawa ekonomi terbesar dunia akan menyusut 6.5% tahun ini.
Seperti kisah ECB, sebahagian dari sikap pesimis FOMC kemungkinan dirancang untuk membenarkan pelonggaran monetari yang sangat besar, tetapi kebanyakan bank pusat terpaksa untuk menyemak semula unjuran dan komen-komen tersebut juga bertindak sebagai peringatan bahawa pemulihan dari virus dan gangguan yang berkaitan akan menjadi lebih perlahan daripada kenaikan mendadak di beberapa pasaran saham. Pada masa yang sama, langkah-langkah rangsangan telah dimulakan di kebanyakan kawasan dan bank pusat dilihat mungkin tidak cenderung menambah apa yang sudah ada.
Namun, jelas bahawa pemulihan akan memakan masa dan penguncupan ekonomi masih akan berlaku di banyak negara.
Oleh itu, kedua-dua UKOIL dan USOIL melalui penurunan harian terburuk mereka sejak 27 April.
USOIL merosot dari paras tertinggi pada hari Isnin pada $40.42 ke kawasan $36 minggu ini, pembalikan jangka pendek terus menekan harga ke bawah. Bull telah berusaha keras minggu ini untuk menjadikan tinjauan keseluruhan positif kerana walaupun SMA-20 hari masih belum tersentuh. Pasaran mengalami trend tajam yang lebih rendah hari ini dan kini menguji tahap rendah semalam dan kawasan $36-37. Indikator Momentum Intraday berubah negatif dengan RSI berkisar pada 30 dan MACD memanjang lebih rendah di bawah zon neutral, sementara Stochastics berbalik sedikit di atas OS, menunjukkan kemungkinan pembetulan dalam beberapa jam akan datang. Oleh kerana sokongan harga pada $36 minggu ini sudah pecah, bear mungkin menekan harga ke bawah lagi. Sekiranya aset tersebut kekal bergerak di bawah $37, ia akan menyokong paras support $36/$35. Resistant berada di $37.50.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.