GBPUSD menyusut hampir 3% sejak 10 Jun 2020 berikutan sentimen pasaran yang negatif. Ia mencapai paras tertinggi 1.2812 yang kali terkahir dicatat pada 12 Mac tetap kemudian terus menjunam dan mencatatkan harga terendah dalam 2 minggu 1.2453.
Analisis Sentimen
Terdapat 2 faktor yang mempengaruhi pasaran GBPUSD buat masa ini. Yang pertama, kebimbangan para pelabur mengenai gelombang ke-2 Covid-19. US mencatatkan kenaikan mendadak pada minggu lepas dan terus melaporkan kenaikan jangkitan baru selepas sekatan pergerakan (lockdown) dilonggarkan. Pada hujung minggu, China turut melaporkan kes jangkitan baru di beberapa tempat sekitar Beijing.
Faktor kedua mempengaruhi kelemahan GBP ialah isu Brexit yang kembali menjadi tumpuan. UK dan EU dilaporkan gagal mencapai beberapa persetujuan mengenai hubungan pasca Brexit. Dengan traikh akhir proses trnasisi tamat pada akhir tahun 2020, masih banyak persetujuan perlu dicapai terutama dalam hubungan dagang kedua-dua pihak dan perkara berkaitan kastam. PM Boris Johnson hari ini berikrar akan berusaha untuk mencapai persetujuan dengan EU dan kedua pihak akan mengadakan mesyuarat melalui sidang video pada hari ini. Sebarang kenyataan atau perbincangan akan memberi kesan terhadap pergerakan GBPUSD dalam jangka masa pendek.
Selain itu, berita bahawa BoE mungkin akan memberi suntikan bernilai 100bilion Pound ke dalam pasaran membantutkan kejatuhan untuk hari ini.
Analisa Teknikal
- Pound mencecah harga terendah pada awal sesi London di mana ia mencecah harga 1.2453 yang kini merupakan kawasan support yang kukuh. Ia turut berhampiran dengan paras 50% fibo retracement daripada swing low-high H4 sebelum ini.
- Sekiranya kawasan support di atas gagal bertahan. Ia dijangka menguji paras kluster suppor di antara 1.2355 – 1.2363 yang terletak dalam confluence 61.8% fibo dan supprt snr yang kukuh. MA200 H4 turut berada di atas sedikit di 1.2405.
- Paras resistance terdekat berada di 23.6% fibo di 1.2637 yang juga berhamporan resistant snr terdekat. MA50-H4 (1.2637) turut berada berhampiran dengan kluster resistant ini.
- Paras tertinggi 10 Jun merupakan resistant berikutnya di 1.2812. Sekiranya trendline downtrend dipecahkan, kemungkinan untuk kenaikan adalah lebih cerah.
- RSI-14 menunjukkan bacaan sekitar 40 mata, masih di bawah paras neutral 50. Ia masih belum menunjukkan sebarang bullish momentu akan hadir dalam masa terdekat.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.