FX Terkini 22 Jun – Permulaan Yang Mencabar Di Awal Minggu

GBPUSD, H1

Mata wang yang sensitif terhadap risiko pasaranpulih dari kerugian awal, di mana saham di rantau Asia Pasifik sebahagian besarnya menokok selepas kejatuhan awal, sementara indeks niaga hadapan S&P 500 berjaya menokok 0.5%, mengatasi  penurunan semasa sesi Wall Street pada Jumaat lepas.

AUDUSD mencetak harga terendah dalam tempoh satu minggu pada 0.6085 sebelum melantun ke paras tertinggi harian 0.6876. Kenaikan ini menandakan peningkatan lebih dari 0.5% pada tahap penutupan Jumaat, walaupun Aussie masih rendah berbanding ketinggian Jumaat pada 0.6913. Matawang Kiwi turut melantun dari paras terendah dalam tiga minggu. USDCAD naik ke paras tertinggi satu minggu pada 1.3630 sebelum kembali turun di bawah 1.3500. Harga minyak mentah WTI bulan depan mengekalkan momentum kenaikan sehingga hari ini dan berada di bawah paras tertinggi 16 minggu yang dilihat pada hari Jumaat pada $40.49. USDIndex (DXY) diniagakan agak mendatar dan menyaksikan kenaikan tiga minggu pada 97.74 di Asia-Pasifik dibuka sebelum bergerak lebih rendah, ke paras terendah 97.46. EURUSD secara asas naik dari paras terendah 19 hari di 1.1169. Sterling diperdagangkan agak kuat berbanding Dolar dan rakan sejawatnya yang lain, yang mengikuti tahap kurang prestasi selama dua minggu. USDJPY kekal dalam julat 20-pip di 106.00s atas.

Gegaran awal di pasar pada hari ini hadir dengan data yang menunjukkan kenaikan tinggi dalam jangkitan koronavirus di beberapa negari di AS, sehingga jumlah kes AS yang disahkan meningkat pada kadar +1.6% berbanding purata tujuh hari +1.2%. Angka koronavirus Jerman juga meningkat menjadi 2.88, walaupun Institut Robert Koch menganggap ianya tidak serius, dengan alasan bahawa wabak kecil yang dilokalkan dalam konteks jumlah kes rendah keseluruhan telah menyebabkan kenaikan statistik utama, yang turut membantu sentimen risikokembali pulih dan meningkat di pasaran global. Ketua Bundesbank Weidmann juga mengatakan pada hujung minggu bahawa dia berpendapat keadaan ekonomi terburuk di Jerman telah berlalu, sementara pemerintah Itali dilaporkan akan segera meluluskan program penyelamatan Fiat Chrysler.

Sementara itu, pemerintah UK dijangka mengurangkan sekatan pengerakan koronavirus esok. Data terkini dari UK menunjukkan disinflasi yang berterusan, dengan CPI Mei jatuh ke tahap rendah empat tahun hanya 0.5% y / y, dan pemulihan kukuh dalam data penjualan runcit, yang merupakan senario yang diharapkan sepenuhnya setelah kejatuhan penjualan selama April, sebelum kawalan pergerakan dikurangkan. BoE mengekalkan kadar faedah repo polisi tidak berubah pada 0.1% selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada minggu lalu, tetapi menambah QE sebanyak GBP 100 bilion sambil berkata kana terus menyokokng pelonggaran lebih lanjut jika diperlukan. Ia turut memberi amaran mengenai risiko yang timbul akibat gelombang kedua jangkitan baik di ekonomi domestik dan membuka kembali ekonomi maju, dan virus yang berterusan merebak ke negara-negara membangun.

Walaupun tidak disebut oleh bank pusat, keprihatinan turut diberikan di bidang perdagangan EU-UK, walaupun para pemimpin minggu lalu telah menyatakan akan meningkatkan intensiti dalam perbincangan. Yang menjadi persoalan adalah kedua-dua pihak dilihat tidak mungkin dapat membuat perjanjian perdagangan yang mendalam dan komprehensif, dan kemungkinan besar perjanjian yang terdiri daripada pengaturan terhad, yang akan membuat hubungan kedua-dua belah pihak menjadi lebih buruk, atau tiada kesepakatan sama sekali. Ini akan memungkinkan UK menukarkan sebahagian besar syarat perdagangan mengikut undang-undang WTO yang kurang menguntungkan. Kerajaan UK mengesahkan bahawa ia akan meninggalkan keahlian sementara untuk pasaran tunggal pada akhir tahun, dengan atau tanpa perjanjian. Kalendar UK minggu ini tertumpu kepada tinjauan awal PMI untuk bulan Jun (Selasa), yang diharapkan dapat menunjukkan peningkatan lebih lanjut dari tahap yang rendah selepas pembukaan ekonomi di UK dan global. PMI gabungan utama dijangka meningkat kepada 38.0 daripada bacaan Mei 30.0. Ini akan terus melantun dari paras terendah April pada 13.8, tetapi masih memberi isyarat ekonomi dalam penguncupan.

Kabel (GBPUSD) terus bergerak lebih tinggi, di atas 1.2400 dan R1 untuk mencatat tahap tinggi semasa pada hari ini di 1.2432. Strategi Crossing EMA (H1) mencetuskan penurunan pada hari Jumaat, pada 1.2412 dan cenderung lebih rendah untuk ditutup pada 1.2360, pagi ini sebelum mencetuskan kenaikan berikutan penembusan 20-Moving Average pada 1.2370. Untuk perincian mengenai ini dan banyak strategi lain, sila lihat webinar kami di sini https://www.hotforex.com/sv/en/trading-tools/past-webinars.html

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.