EURUSD telah mencapai tahap tertinggi dalam empat minggu berikutan sentimen optimis di pasaran di sebalik kebimbangan mengenai kes koronavirus yang terus meningkat.
Jumlah kes Amerika secara rasmi mencapai tiga juta, dengan catatan 59,000 jangkitan harian dilaporkan pada hari Rabu. Kadar ujian positif kekal di atas 10% di beberapa negeri dengan kadar kemasukan ke hospital juga semakin meningkat. Angka jangkitan dari Florida, California, Texas akan diperhatikan dengan teliti serta pembaruan di pasar tenaga kerja. Di sektor buruh US, tuntutan pengangguran mingguan (weekly jobless claim) diumumkan pada 1.314 juta, lebih baik dari jangkaan tetapi masih kekal di atas satu juta pada minggu yang berakhir pada 3 Julai sementara tuntutan berterusan (continuing claims) untuk minggu sebelumnya juga tetap tinggi pada 18 juta.
EURUSD kini didagang sedikit rendah dari paras tertinggi 1.1370 yang merupakan resistant terdekat. Tetapi masih gagal menguji paras resistant pada 1.1422 yang merupakan harga tertinggi pada 10 Jun. Harga tertinggi tahun 2020 pada 1.1494 merupakan resistant seterusnya. Harga terendah Jun 1.1167 merupakan paras support terdekat, ia diikuti paras support 50-DMA 1.1112 dan paras support 200-DMA 1.1045. Paras RSI-14 kini dicatat di paras 62, masih lagi di atas paras 50 sejak pertengahan May 2020. Ini menunjukkan momentum ke atas masih lagi kukuh.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.