GBPUSD: Pandangan Pasaran Kekal Positif Buat Masa Sekarang

GBPUSD mengekalkan momentum bull mereka dan terus mengekalkan kenaikan beterusan sejak awal bulan Julai 2020. Dengan kelemahan USD menyumbang kepada pengukuhan GBPUSD. Pasaran masih mengharapkan kerajaan UK mengumumkan pakej ransangan baru dalam usaha untuk melonjakkan semula aktiviti ekonomi. Tumpuan turut terarah kepada ucapan Gabenor BoE Andrew Bailey yang dijangka bercakap pada hari Isnin 13/7 dalam forum bertajuk: ” Libor: Entering the Endgame” yang dijangka memberi impak kepada pergerakan GBP.

  • GBPUSD kini didagang pada sekitar paras 1.2650-1.2660.
  • Ia menghampiri paras penting 1.2688 yang merupakan paras DMA-200. Ia juga berhampiri paras descending trendline dan ascending trendline yang merupakan confluence yang penting.
  • Paras resistant seterusnya berada di paras tertinggi 10 Jun1.2812 diikuti 1.3200 yang dicatat pada 10 Ogos.
  • Support terdekat berada di DMA-50 1.2432.
  • Paras support seterusnya diikuti paras 1.2250 merupakan harga terendah 29 Jun diikuti 1.2066 yang dicatat pada 18 Mei.
  • Paras RSI-14 terus menunjukkan kenaikan menghampiri zon overbuy 70.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.