Pasaran masa kini jelas dipengaruhi oleh sentimen berkenaan Covid-19. Pasaran akan merudum jika bilangan kes di Amerika Syarikat meningkat dalam gelombang kedua, tetapi akan melonjak semula apabila berita positif mengenai penyelidikan vaksin Covid-19 menunjukkan sinar. Dua isu ini terus membelengu pasaran sejak dari Mac 2020 dan ia akan kekal menjadi tema pergerakan matawang komoditi yang berkait rapat dengan sentimen semasa.
AUDUSD mencatat kenaikan semalam dan terus mengukuh pada hari ini selepas kejatuhan pada hari Isnin. Berita positif mengenai kajian vaksin oleh Moderna dan Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat melaporkan bahawa sistem imun manusia berjaya ditambah melalui eksperimen mereka dan dijangka 30,000 ujikaji terhadap manusia akan dijalankan dalam masa terdekat.
AUDUSD melonjak disesi Asia dengan mencapai 0.7016. Paras tertinggi bulan Julai. Ia kini menyusut sedikit dan berada di kawasan psikologi penting 0.7000. Paras resistant terdekat berada di 0.7063 yang merupakan paras tertinggi pasca kejatuhan pasaran pada Mac lepas. Manakala support terdekat kini berada di 0.6920. Formasi segitiga (Triangle Pattern) yang terbentuk juga kini sedang diuji di paras atasnya. MA-50 dan MA-200 menunjukkan kecenderungan pergerakan keatas. Manakala RSI-14 menunjukkan momentum kini semakin menghampiri zon overbought.
Australia akan melaporkan data buruhnya pada Hari Khamis. Ia akan menjadi pemangkin seterusnya untuk pergerakan pasangan matawang AUDUSD.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.