EURUSD: “Buy The Rumors, Sell The News” Yang Tipikal

Selepas 5 hari yang panjang dalam Persidangan Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah. Akhirnya mereka berjaya mencapai persetujuan pada lewat tengah malam waktu Eropah berkenaan dengan program ransangan ekonomi yang terjejas akibat wabak koronavirus. Presiden PErancis Macron dan Kaunselor Jerman Merkel menyatakan kelegaan mereka selepas persetujuan dicapai untuk program stimulus yang bernilai 750 bilion Euro.

Walaubagaimanapun, kenaikan EURUSD hanya bertahan beberapa minit selepas pengumuman dan kemudian menjunam dari paras tertinggi 4 bulan pada harga 1.1469. Pergerakan yang sinonim dengan “buy the rumors, sell the news“. EURUSD mencecah paras tertinggi juga sedikit di atas paras semalam pada 1.1460. Ia kini jatuh dibawah daily pivot 1.1438 (paras resistant harian) dan juga di bawah MA-50 1jam 1.1432. Support terdekat berada di S1 pivot iaitu 1.1410 diikuti paras terendah Isnin 1.1402.

Sentimen untuk Euro masih lagi positif, tetapi dengan kenaikan lebih 300 pips sejak pertengahan Jun. Ia mungkin akan mendatar atau melakukan retracement dalam jangka terdekat.

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.