USOIL futures kini telah didagang dalam julat yang kecil lebih dari sebulan. Sentimen positif pasaran dan kelemahan USd gagal memberikan sebarang impak yang bermakna untuk menyokong kenaikan harga USOIL. Laporan inventori EIA mencatatkan penurunan 7.37 juta tongminyak mentah pada minggu lepas turut gagal memberi sebarang impak besar terhadap pergerakan harga USOIL. Tumpuan kini terarah kepada pihak Aramco Arab Saudi yang dijangka mengumumkan haarga rasmi jualan minyak mereka untuk bulan September. Para pedagang pasaran berharap ia akan memberi sedikit volatiliti kepada pergerakan harga minyak.
Dari sudut teknikal, USOIL kini didagang pada paras $42.40. Berhampiran dengan paras MA50-H4 di $42.44. MA200-H4 kini berada sedikit di bawah pada $41.37, ia merupakan support yang kukuh. Support seterunya berada di $40.95. Resistant terdekat pulak berada di $43.46 yang merupakan paras tertinggi untuk bulan Ogos.
Dengan pergerakan MA50 semakin merapat dengan MA200 dan paras RSI kini berada di zon neutral 50. USOIL dijangka akan terus didagang mendatar di dalam julat yang kecil buat masa terdekat.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.