EURUSD mencecah paras psikologi 1.2000 pada awal sesi New York malam semalam. tetapi ia gagal bertahan dan jatuh semula lebih 100 pips. Ia kini didagang di sekitar 1.1900, jauh lebih rendah dari paras tertinggi semalam di 1.2010.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan EURUSD. Data US ISM Manufacturing melonjak ke paras tertinggi sejak bulan November 2018 berikutan perkembangan ekonomi yang memberansangkan. Data yang bercampur dari Eurozone juga menyumbang kepada kelemahan EURUSD, Data PMI Manufacturing German telah disemak semula ke lebih rendah dan data inflasi Eurozone jatuh lebih rendah dari jangkaan memberi tekanan kepada Euro. Ini meneruskan siri laporan data yang lemah dari ekonomi zon Euro, dan memberi bayangan bahawa ekonomi zon Euro mula kehilangan momentum kenaikan.
Dari sudut teknikal harian, EURUSD kini didagang di bawah daily pivot 1.1940 yang juga berhampiran dengan MA-50. Ini merupakan resistant terdekat. Ia diikuti di resistant seterusnya di 1.1981 (R1) dan paras tertinggi semalam 1.2010. Manakala paras support terdekat berada di 1.1872 (S1) diikuti 1.1831 (S2). MA-200 berada di tengah-tengah diantara 2 support ini. RSI-14 menunjukkan ia menghampiri zon oversold. Momentum jangka pendek masih lagi menunjukkan penjula menguasai pasaran. Ianya menjadi satu hari yang menarik di mana para perlabur masih lagi tertanya sama ada EURUSD akan menguji lagi paras 1.2000 ataupun meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.