Pembahagian saham Apple Inc. dan Tesla Inc. berkuat kuasa pada akhir bulan Ogos. Saham Apple akan dipecahkan kepada 4 saham untuk 1 saham dan saham Tesla dipecahkan 5 saham untuk 1 saham.
Pengumuman perpecahan saham dari syarikat gergasi ini menambah momentum baru pasca pandemik Wall Street selama 5 bulan kerana sokongan bank pusat yang agreasif dalam memastikan pasaran tetap terjamin walaupun wabak itu terus berlanjutan. Saham Apple telah melonjak 33.8% lebih tinggi sejak laporan pendapatan suku tahunan dan pengumuman perpecahan, sementara Tesla naik 66.1% ke paras tertinggi, ketika para pelabur gembira dengan keputusan syarikat gergasi itu kerana ia ditafsirkan sebagai peluang yang secara teori dan tradisional meningkatkan kecairan perdagangan dan pelaburan runcit. Bagi Apple, kenaikan harga saham banyak dibantu oleh fakta bahawa syarikat ini berjaya melepasi had pasaran $ 2 trilion untuk pertama kalinya.
Penyebab keputusan Apple kemungkinan disebabkan oleh kenaikan sebanyak 435% sejak saham terakhirnya dipecahkan pada tahun 2014. Dengan harga saham $514, yang mungkin menjadi mahal bagi sebilangan pelabur runcit, pemisahan saham telah menurunkan harga saham Apple kepada sekitar $124.78. Keputusan Tesla sebaliknya mungkin disebabkan oleh kenaikan 966% Tesla pada tahun lalu untuk mencatat tahap tertinggi pada $2,280. Saham pembuat Kenderaan Elektrik telah dibahagikan kepada 5, menjadikan harga sahamnya turun kepada sekitar $442.95.
Merujuk kepada pembahagian saham dan mengapa ia menarik perhatian. Secara umum, perpecahan saham oleh syarikat-syarikat di bursa USA500 semakin berkurangan setelah kejatuhan dot-com (bust) pada tahun 2000, sementara saham syarikat di bursa Dow Jones lebih jarang berlaku. Ini disebabkan oleh hakikat bahawa pada masa ini keuntungan perpecahan saham tidak begitu penting berbanding dengan kemampuan untuk berdagang satu saham atau bahkan pecahan (fractional) saham di banyak platform perdagangan saham.
Tindakan syarikat gergasi teknologi seperti Apple, Tesla dan juga Amazon yang menghidupkan kembali trend pemecaham saham setelah pertumbuhan besar saham mereka menimbulkan kebimbangan mengenai sama ada lebih banyak syarikat akan cuba menurut jejak mereka.
Apakah itu perpecahan saham (stock split)?
Semua syarikat awam mempunyai sejumlah saham yang belum dijelaskan. Pembahagian saham adalah peningkatan jumlah saham dari syarikat dengan mengeluarkan saham tambahan, setelah mendapat persetujuan lembaga pengarah syarikat. Sekiranya syarikat mengumumkan pembahagian saham 4-untuk-1, syarikat akan memberikan tiga saham tambahan kepada pemegang saham untuk setiap saham awal yang mereka miliki. Sebagai contoh, jika syarikat mempunyai 10 juta saham yang belum selesai sebelum perpecahan, syarikat itu akan mempunyai 40 juta saham yang belum selesai setelah pembahagian 4-untuk-1. Sementara itu, harga saham asal akan dibahagikan mengikut nisbah, iaitu jika bernilai $ 100 sebelum pemisahan, ia akan diperdagangkan pada $ 25 selepas dipecahkan. Oleh itu, walaupun jumlah saham syarikat meningkat dan harganya menurun tetapi nilai pasaran syarikat tetap kekal sama dan tidak berubah. Pembahagian ini menetapkan syarikat kekal stabil namun ini adalah tertakluk di atas budi bicara Lembaga pengarah.
Tindakan ini adalah bertujuan untuk menjadikan harga saham syarikat lebih berpatutan kepada pelabur runcit, yang secara langsung meningkatkan kecairan saham.
Adakah ia memberi kesan kepada syarikat?
Nilai pasaran syarikat tetap kekal sama dan ianya tidak memberi kesan. Selain daripada harga saham yang lebih rendah dan secara tradisinya ia akan mencatatkan kenaikan harga selepas pemechaan, ini bermakna proses ini tidak memberi kesan untuk syarikat.
Apa maksudnya untuk pasaran saham?
Berdasarkan penyelidikan The Wall Street Journal, secara tradisinya Saham di USA500 meningkat 5% pada tahun berikautnya selepas pembahagian saham, termasuk 2.5% sejurus selepas pengumuman itu, menurut penyelidikan dari Nasdaq Inc. mengenai perpecahan saham antara 2012 dan 2018.
Seperti yang dinyatakan di atas, keadaan pada tahun ini sedikit berbeza, kerana pengumuman pepecahan saham berjaya meningkatkan harga saham syarikat yang berkaitan sangat tinggi. Secara umumnya, reaksi yang besar terhadap perpecahan tersebut mencerminkan faktor-faktor penting termasuk komponen psikologi dengan para pelabur kekal dengan pegangan saham teknologi (FAANG dan Tesla) di dalam tahun yang penuh dengan ketidakpastian dan risiko.
Secara umum, perpecahan saham tidak mempengaruhi pasaran saham yang lebih luas, dengan pengecualian ke atas Dow Jones Industrial Average kerana nilainya tidak ditimbang oleh nilai pasaran komponennya, tetapi dari nilai harga saham komponennya kerana ia adalah berwajaran harga indeks. Semakin tinggi harga saham, semakin besar pengaruh saham terhadap perubahan harga harian Dow Jones.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.