Mencari Halatuju USD Menjelang NFP

Kenaikan dua hari berturut-turut gagal diteruskan pada hari ini. Paras harga USD index tersangkut di paras 93.00 dan gagal ditembusi. Ia kembali menyusut dan kini didagang di sekitar 92.80 (pada ketika artikel ini ditulis).

USD telah mengalami impak jualan berterusan pada bulan Ogos di mana ia menyambung kejatuhan besar-besaran pasca krisis kecairan USD dan kemuncak krisis Covid-19 pada bulan Mac 2020. Tindakan RIzab Persekutuan US memotong kadar faedah dan menambah program QE tanpa had jela menjadi penyumbang utama lebihan tawaran USD di pasaran dan menybebakan nilai USD terus menyusut.

Menjelang penerbitan NFP pada Jumat 4 September 2020, para pelabur masih lagi mencari arah tuju jangka pendek untuk USD index. Data Nonfarm Payroll Ogos dijangka sedikit rendah pada 1.4 juta berbanding 1.763 juta pada bulan Julai, manakala kadar pengangguran (unemployment rate) dijangka positif dengan hanya 9.8% pada Ogos berbanding 10.2% pada Julai. Average Hourly Earning (YoY) dijangka sedikit rendah pada 4.5% berbanding 4.8% pada bulan sebelum. Meskipun majoriti bacaan rendah, ia masih lagi menunjukkan perkembangan positif bagi sektor buruh US. Dari segi pergerakan harga selepas penerbitan data NFP pada bulan-bulan lepas, ia menunjukkan bahawa pengukuhan USD hanya bersifat sementara selepas data NFP yang positif. Dan sifat ini dijangka kekal untuk bulan akan mendatang.

Dari sudut teknikal, USD index (futures) gagal melepasi paras psikologi 93.00. Meskipun ia menunjukkan kenaikan dari paras terendah 91.72 yang dicatat pada Selasa. Para pelabur masih lagi belum optimis akan kenaikan USD. Ia kini sedang membentuk leading diagonal channel yang menarik dimana bullish divergence juga telah terbentuk diantara pergerakan harga dan pergerakan RSI-14. Paras 91.72 menjadi paras support penting diikuti support di 90.88 yang kali terakhir dicatat pada April 2018. Paras resistant terdekat kini berada di 93.44 diikuti 94.60. Pergerakan RSI-14 telah melonjak dari paras oversold tetapi masih lagi di bawah bacaan 50.

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.