XAUUSD Didagang Dengan Sedikit Kukuh Di Atas $1935

Gold didagang sedikit kukuh pada hari ini, selepas kejatuhan dicatatkan pada hari semalam. Tetapi ia masih belum mempunyai cukup momentum untuk menguji paras $1940 berikutan ketiadaan sokongan kuat dari pembeli.

Kejatuhan pasaran saham US semalam menyebabkan permintaan terhadap emas kuning selaku safe haven bertambah dan jualan US Dollar turut membantu pengukuhan Gold. Para pelabur masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat keputusan NFP pada malam ini. NFP malam ini menjadi tumpuan berikutan langkah terkini Rizab Persekutuan (Fed) yang dilaporkan memberi keutamaan kepada sektor buruh berbanding denggan inflasi. Bacaan data yang baik malam ini dijangka akan memberi tekanan kepada Gold manakala bacaan rendah akan memberi sokongan.

Gold kini didagang di sekitar $1938, sedikit di bawah resistant MA-50 ($1940) diikuti resistant di MA-200 pada $1947.50. Resistant berikutnya berada di $1951 yang juga paras tertinggi semalam. Manakala paras support terdekat berada di $1922 (harga terendah semalam) diikuti paras support $1909.73 (harga terendah 27 Ogos). Data RSI-14 menunjukkan bacaan pada sekitar 51. Ini menunjukkan bahawa momentum pasaran dalam keadaan agak neutral buat pada masa ini.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.