Pound Terus Tertekan Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Pound kekal tertekan seperti hari sebelum dengan paras 1.3000 telah ditembusi. Pivot S1 diuji pada 1.2916 dan support terdekat sebelum 1.2900 di paras rendah akhir Julai (1.2912 pada 29/7).  Resistant terdekat berada di harga terendah semalam 1.2979 yang merupakan resistant kukuh. RSI-14 H1 menunjukkan GBPUSD terus di bawah paras oversold.

Sementara itu, EURGBP terus mengukuh sehingga paras 0.9100 (Pivot R1), tetapi masih berada di bawah Resistant 0.9135 yang kali terkahir dicatat pada 28 Julai. Paras support terdekat berada di harga tertinggi semalam di 0.9070. RSI-14 H1 juga menunjukkan EURGBP dalam keadaan overbought.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.