Menjelang FOMC!

dollar

The Fed akan mengakhiri mesyuarat 2 hari pada hari ini dan mengeluarkan kenyataan dasarnya dan Ringkasan Unjuran Ekonomi (SEP) yang baru pada pukul 18:00 GMT. Pasaran akan menumpukan perhatian pada pernyataan dan sidang media berikutnya untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut mengenai kerangka unjuran inflasi dan perbincangan tindakan lain yang mungkin dilakukan.

Pengerusi Powell akan mengadakan sidang akhbarnya dari jam 18:30 GMT. Beliau telah memberi gambaran awal pada minggu Jackson Hole mengenai strategi baru FOMC di mana ia akan memberi sasaran purata inflasi dan memantau sector buruh. Fed telah menunjukkan, dan menegaskan bahawa postur kadar faedah akan kekal selama beberapa tahun ke depan, tetapi sekarang dikodifikasikan.

Oleh itu, perhatian akan diberikan pada unjuran Fed yang disemak semula, yang akan menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam ramalan GDP 2020 rasmi, diikuti oleh lonjakan 2021-23 yang lebih kecil. Kenyataan ini diharapkan dapat memperlihatkan unjuran terhadap prospek GDP dan inflasi, dan pengurangan kadar pengangguran. GDP dilihat cenderung melonjak ke sekitar -3.6% hingga -3.2%, dari unjuran awal -7.6% hingga -5.5%.

Unjuran “Dot Plot” dijangka tidak menunjukkan kenaikan kadar faedah sehingga tahun 2023. Tidak ada perubahan dijangka dalam unjuran hadapan (forward guidance) atau dalam program QE kerana Fed dijangka mengambil pendekatan yang lebih menunggu dan lihat. Ia disokong oleh sebilangan besar ahli majlis Fed yang telah menyarankan tindakan ke arah panduan ke depan adalah “pramatang.”

Berikutan ini, kami meringkaskan perkembangan ekonomi yang berlaku sejak pertemuan FOMC terakhir pada bulan Julai mengenai pasaran tenaga kerja, inflasi dan indeks pengguna.

Pasaran Tenaga Kerja: Pasaran buruh bermula tahun 2020 dengan landasan yang tepat, tetapi setelah wabak COVID-19 melanda pada bulan Mac, sektor buruh runtuh. Kadar pengangguran telah bertahan di sekitar tahap rendah kitaran 3.5% yang dicatat pada bulan Februari, sebelum melonjak menjadi 4.4% pada bulan Mac dan memuncak pada 14.7% pada bulan April. Average Hourly Earning (y/y)  meningkat pada bulan April oleh perubahan komposisi pekerjaan yang terjejas dengan penutupan ekonomi, disebabkan pemberhentian pekerja sangat tertumpu di kalangan pekerja dengan gaji rendah.

Pertumbuhan gaji (wage growth) mencapai kadar yang berterusan hampir 3% antara 2018 dan awal 2019, sebelum lonjakan bermula pada bulan Mac dari pemberhentian pekerja pekerja bergaji rendah yang mengubah komposisi pekerjaan. Kenaikan 3.0% y/y untuk upah pada bulan Februari diikuti oleh kenaikan 3.4% pada bulan Mac dan 8.0% pada bulan April, sebelum penurunan Mei menjadi 6.6% dan sekarang kepada 4.7% pada bulan Ogos.

Inflasi: Lonjakan harga minyak sejak kejatuhan berkaitan COVID membolehkan kenaikan CPI utama 0.6% pada bulan Jun dan Julai sebelum kenaikan 0.4% yang sedikit lebih kecil pada bulan Ogos. Tolok inflasi yang digemari oleh Fed, ukuran harga rantai PCE, kemungkinan akan mencatat kenaikan Ogos y/y 1.2% dan 1.5% untuk “core”, berikutan kenaikan pada bulan Julai masing-masing 1.0% dan 1.3%. April menandakan tahap pengurangan inflasi, dan ukuran ini kemungkinan akan meningkat pada bulan Julai. Anggaran median FOMC dari pertemuan bulan Jun adalah 0.8% untuk tajuk utama dan 1.0% untuk inti pada tahun 2020.

Indeks Penggunaan: PCE sebenar telah ditekan teruk oleh penutupan ekonomi, meninggalkan kadar pengecutan Q2 -34.1% setelah kadar -6.9% pada Q1. GDP jatuh pada kadar -31.7% pada Q2, selepas kadar Q1 -5.0%. Penggunaan bulanan turun -12.9% pada bulan April sebelum melonjak 8.6% pada bulan Mei dan 1.9% pada bulan Julai.

Tidak banyak ruang untuk tindakan lebih lanjut pada pertemuan FOMC September memandangkan 150 titik asas pemotongan kadar antara mesyuarat pada musim bunga ini yang menjadikan kadar faedah hmapir pada tahap rendah sifar. Petunjuk akan dicari untuk tindakan selanjutnya di masa depan, kerana impak COVID-19 dilihat mempengaruhi data ekonomi, menyebabkan angka pengangguran dan inflasi akan memakan masa yang lama untuk meningkat mengikut sasaran yang sebahagian besar tersasar dalam perkmebangan ekonomi lepas.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.