Indeks Hadapan NASDAQ (US100.F) ditutup rendah pada hari Jumaat dan meneruskan trend penurunan selama 3 minggu berturut-turut.
Selepas penurunan dari tahap tertinggi pada awal September. Indeks US100.F telah mencapai “correction area” (wilayah pembetulan) kerana ianya telah turun melebih -10%. (Penurunan di antara -10% hingga 19.99% disebut sebagai kawasan pembetulan.)
“Retracement” dan bahkan pembetulan teknikal adalah perkara biasa yang sering berlaku di dalam pasaran. Sebenarnya, Indeks saham biasanya turun sekitar -5% kira-kira 3-4 kali setahun. Dan pembetulan biasanya berlaku sekitar setahun sekali. Oleh itu, kita semua telah melalui fenomena ini berulang-ulang kali dan ianya hanya sebahagian daripada pergerakan pasaran.
Mengambil kira kenaikan pasaran yang luar biasa sejak Mac (Kira-kira 6 bulan), US100.F atau Nasdaq sebenarnya telah melonjak lebih dari 81%, ini memungkinkan penurunan atau pembetulan akan berlaku jua akhirnya. Maka penurunan untuk bulan September dilihat sebagai penurunan ekoran aktiviti pengambilan untung oleh pelabur di dalam stok saham teknologi. Walaubagaimanapun, indeks US100.F didagang agak positif pada hari isnin dan masih kekal positif untuk hari ini. Serta harus diingat kenaikan selama dua hari ini bukan bermaksud penurunan harga indeks US100.F telah berakhir.
Dari sudut teknikal, analisa ichimoku telah digunakan untuk analisis pergerakan US100.F. Carta harian (daily) menunjukkan bahawa harga gagal menembusi Span A cloud dan bentuk candlestick pin bar telah terbentuk. Ia juga gagal ditutup di bawah horizontal support 10,794. Sekiranya support ini gagal bertahan, support seterusnya berada di 10,382 yang juga berada berhampiran dengan 38.2% fibo retracement 10,239. Pergerakan harga kini menghampiri resistant di paras Tenkan-sen 11,110 yang juga hampir dengan fibo retracement 23.6%. Resistant seterusnya berada di paras Kijun-Sen di kawasan harga 11,559. Paras harga tertinggi dalam sejarah adalah pada 12,463 yang dicatat pada awal September 2020. Terdapat tanda menarik di mana twisted kumo mula kelihatan dan Span B mula terbentuk. Bacaan indikator RSI-14 juga menunjukkan bahawa harga masih lagi belum berada di paras oversold, ia masih berlegar di sekitar bacaan 44.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.