RBNZ telah mengadakan mesyuarat polisi matawang pada pagi Rabu dan mengekalkan kadar faedah OCR pada 0.25% serta mengekalkan program LSAP pada NZD 100bln seperti yang dijangkakan, sementara itu RBNZ melaporkan bahawa mereka mempunyai pilihan dan kemampuan untuk menggunakan instrumen tambahan yang meliputi Program Pembiayaan untuk Pinjaman, OCR negatif dan pembelian aset asing dalam usaha mengawal selia ekonomi New Zealand.
Anggota bank pusat juga bersetuju bahawa instrumen alternatif boleh digunakan secara bebas dan menyatakan bahawa Program Pembiayaan untuk Pinjaman akan disediakan sebelum akhir tahun. Tambahan lagi, ia menyatakan bahawa harga komoditi untuk eksport tetap kukuh tetapi sebagian telah diimbangi oleh nilai tukaran matawang NZD dan mereka turut memberi penekanan bahawa polisi OCR yang lebih rendah akan menjadi pelengkap kepada polisi dasar yang lain. Secara keseluruhan, intonasi RBNZ agak dovish seperti dalam mesyuarat polisi sebelum ini.
Gabungan intonasi dovish RBNZ dan pengukuhan USD memberi tekanan kepada NZDUSD pada hari ini. NZDUSD terus mencatatkan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut selepas ia mencatatkan paras tertinggi tahun 2020 pada 0.6797 (merupakan resistant yang kukuh). Ia turut menembusi bawah paras DMA-50 pada hari selepas pengumuman RBNZ. Paras psikologi 0.6600 turut ditembusi. Support terdekat kini berada di trendline bawah uptrend channel yang terbentuk sejak Jun 2020. Ia diikuti paras support di 0.6490 (harga terendah Ogos 2020) dan di 0.6380 (berhampiran DMA-200). Paras indikator RSI-14 kini dicatat di bawah bacaan 50, menandakan momentum dovish mula terbentuk. Sekiranya NZDUSD ditutup bawah 0.6600 pada hari Rabu, ia memberi indikasi bahawa formasi double top mungkin terbentuk.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.