Pagi ini (waktu Malaysia) merupakan acara debat pertama bagi calon Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump dari Parti Republikan dan Joe Biden dari Parti Demokrat. Ia menjadi acara penting yang pertama untuk melihat reaksi awal pasaran menjelang pilihanraya Presiden pada bulan November. Penganalisa pasaran melihat impaknya lebih terarah kepada polisi dagangan dan juga polisi fiskal.
Sekiranya parti Demokrat memenangi pilihanraya Presiden dan menguasai kongres, ia dijangka terus menyokong kenaikan dalam pasaran saham berikutan reputasi parti tersebut yang mesra dengan golongan peniaga. Namu begitu, sebarang pecahan kuasa (contoh Demokrat menguasai Senat manakala Republikan menguasai House), ia menyebabkan polisi fiskal sukar diluluskan dan dilaksanakan dengan lancar seperti mana yang berlaku pada ketika ini. Ini menyebabkan kesukaran dalam pengukuhan inflasi yang mana memberi impak besar terhadap polisi matawang.
Dari sudut matawang, para penganalisis melihat bahawa US Dollar dijangka kekal lemah berikutan kadar pulangan bond kekal negatif dan kadar faedah yang dijangka kekal pada hampir 0%.
Dari sudut teknikal USD Index, indeks ini mencatatkan kenaikan sejak dari awal September selepas mencatatkan kejatuhan teruk selama dua bulan berturut-turut untuk bulan Julai dan Ogos. Ia telah menaik sehingga 94.90 tetapi gagal bertahan dan gagal ditutup di atas paras support become resistant 94.59 yang juga sama paras dengan 23.6% fibonacci retracement dari pada paras tertinggi Mac sehingga paras terendah 1 September. USD index telah menunjukkan formasi tweezer top pada hari Isnin dan menunjukkan penurunan untuk 2 hari berturut-turut. Support terdekat kini berada di paras 50 Daily-MA 93.26, paras ini merupakan titik confluence penting kerana ia berhampiran dengan paras resistant become support dan juga paras sokongan trendline menaik. Ia diikuti support seterusnya di 91.71 (paras terendah 1 September). Resistant terdekat berada di paras 38.2% retracement di 96.38. Secara umumnya, USD masih lagi matawang yang lemah ekoran polisi FED yang melonggarkan kawalan dan pelaksanaan QE tanpa had.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.