Pasangan matawang Euro mengalami kejatuhan 1 hari terbesar sejak Ogos 2020. Sentimen risk-off yang menguasai pasran sejak hari Isnin terus memberi tekanan kepada pasaran. Kebimbangan pasaran mengenai kes koronavirus yang semakin bertambah dan kadar inflasi zon Eropah yang lemah menambah lagi tekanan kepada matawang EURO. Data inflasi zon Eropah jatuh ke paras negatif pada bulan September manakala penganalisis pasran pula memberi pandangan bahawa data indeks penting (core) inflasi Jerman terus menurun dengan pantas menghampiri kadar kosong. Manakala para penganalisis pasaran menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengambil tindakan menambahkan lagi jumlah program stimulus pada mesyuarat akan datang berikutan keadaan koronavirus yang belum menunjukkan sebarang kemajuan dan kebimbangan pemulihan ekonomi yang perlahan.
EURUSD kini didagang di sekitar 1.1740 merosot lebih -0.50%, kejatuhan terbesar satu hari sejak 19 Ogos 2020. Support terdekat berada di 1.1700 (berhampiran paras terendah 2 Oktober), diikuti 1.1610 (paras terendah 25 September). Moving Average 50 dan 200 kini berada di atas harga dan semakin mendekati satu sama lain, ini memberi petunjuk bahawa kemungkinan pergerakan harga akan dalam keadaan mendatar (sideway) untuk satu tempoh. Paras tertinggi Oktober 1.1830 merupakan resistant yang kukuh buat masa sekarang.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.