Risiko perkembangan virus akan mengganggu pemulihan kembali lagi dan sangat membimbangkan di peringkat global. Kegagalan persetujuan untuk satu lagi rangsangan ekonomi di AS, geseran AS-China yang berterusan dan pilihan raya AS memberi tekanan kepada pemulihan ekonomi dan jalannya masih panjang. Sidang kemuncak EU dan musim laporan kewangan Q3 bermula minggu depan, dengan kebanyakan syarikat besar menerbitkan laporan kewangan. Dari segi data, tumpuan terhadap data inflasi dari ekonomi terbesar di dunia, termasuk AS, China dan Eropah.
Selasa – 13 Oktober 2020
- Trade Balance (CNY, GMT N/A)– Data perdagangan China dijangka mengalami penurunan pada bulan September, pada $ 50.5B dari $ 58.9B bulan lalu.
- Harmonized Index of Consumer Prices (EUR, GMT 06:00) – Data akhir German final HICP inflation untuk September dijangka pada -0.1% y/y.
- Average Earnings (GBP, GMT 06:00)– Average Earnings excluding bonus (purata gaji tak termasuk bonus) dijangka menaik sebanyak 0.6% (3Mo/Yr) untuk Ogos. ILO unemployment rate dijangka kekal pada 4.1% untuk 3 bulan sehingga Ogos.
- Consumer Price Index (USD, GMT 12:30) –Consumer Price Index dijangka pada 0.2% September untuk kedua dua data utama dan teras, selepas kenaikan 0.4% pada Ogos. Data utama dijangka sedikit rendah berikutan penurunan data CPI gasoline sebanyak -0.3% pada September.
Rabu – 14 Oktober 2020
- Producer Price Index (USD, GMT 12:30)– Data utama dan tersa September dijangka pada 0.1%. Bacaan ini dijangka memberi bacaan matriks PPI sebanyak 0.2%, kenaikan dari -0.2% dari Ogos. Penurunan harga minyak dijangka memberi sedikit tekanan kepada data utama. Data y/y teras dijangka di antara 09%-1.2% dalam jangka terdekat, berikutan penurunan permintaan secara agregat tetapi gangguan bekalan dijangka memberi sedikit sokongan kepada bacaan PPI.
Khamis – 15 Oktober 2020
- European Council Meeting -Tumpuan Minggu Ini – Dengan pertimbangan politik yang terlibat sekarang secara langsung, kita akan mengetahui pada minggu depan (ke dalam sidang kemuncak 15-16 Oktober EU) apakah tahap kompromi yang kedua-dua belah pihak ingin lakukan untuk mencapai matlamat bersama mereka iaitu perdagangan bebas tarif, bebas kuota. Johnson dilaporkan ingin meyakinkan Kesatuan Eropah untuk masuk ke dalam “terowong” (dikenal sebagai “kapal selam” dalam bahasa EU), yang merujuk pada tempoh ‘blackout’ media, untuk membiarkan fasa terakhir perundingan tidak terganggu oleh media atau kritikan lain. Namun, Von de Leyen menolak. Kedudukan EU adalah bahawa ini hanya akan terjadi ketika posisi kompromi telah ditetapkan, yang mana masih belum terjadi, dengan hak perikanan dan peraturan persaingan di tingkat EU, yang terakhir termasuk isu bantuan negara, masih merupakan perkara terpenting..
- Employment Data (AUD, GMT 00:30)– Data unemployment rate adalah keutamaan RBA, dimana ia menjadi kunci penting polisi RBA. Tanda-tanda kemelesetan ekonomi dijangkakan dengan data dijangka pada -50K pada September.
- Consumer Price Index (CNY, GMT 01:30) –Consumer Price Index dijangka kekal untuk September pada 2.4% y/y dan 0.4% m/m.
Jumaat – 16 Oktober 2020
- IMF Meeting
- European Council Meeting -Hari kedua
- US Presidential Debate – Dibatalkan dan ditangguhkan selepas 22 of Oktober.
- Consumer Price Index (EUR, GMT 09:00) –Inflasi kekal pada paras terlalu rendah berikutan ECB jelas menekankan kadar rendah untuk jangka masa Panjang dengan mengubah kepada sasaran inflasi tetap. Eurozone CPI dijangka kekal pada -0.4% m/m dan core pada 0.2% m/m untuk September.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.