Hala Tuju British Pound – Rundingan Brexit, Bil Stimulus AS

GBPUSD meneruskan dagangan minggu ini dengan ketidaktentuan yang berterusan mengenai rundingan Brexit.

Skrip ceritanya masih sama dengan UK dan EU meneruskan rundingan tanpa sebarang bukti jelas bahawa persefahaman dapat dimeterai. Intonasi keseluruhan masih menunjukkan tanda positif. Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan berkata mereka bersedia berkompromi dalam akses laluan perikanan. Akses kepada perairan perikanan UK merupakan satu daripada tiga perkara yang menemui jalan buntu dalam rundingan ini.

GBPUSD juga perlu memberi perhatian kepada sebarang berita mengenai bil stimulus Amerika Syarikat, kedua belah pihak masih lagi belum dapat persehaman dalam meluluskan bil ini. Dengan pilihanraya Presiden pada minggu hadapan, volatiliti tinggi dijangka melanda pasaran dan ketidak pastian mengenai bil stimulus AS akan menambahkan lagi keresahan para pelabur.

GBPUSD menunjukkan pergerakan dalam bullish channel untuk jangka pendek. Ia kekal didagang di atas paras 1.3000 yang merupakan paras support kukuh (big round number, 50daily Moving Averages). Paras fibonacci retracement 23.6% juga sedikit di bawah pada 1.2992. Paras tertinggi minggu lepas pada 1.3176 adalah resistant terdekat. Paras tertinggi 2020 kekal pada 1.3481 yang dicatat pada awal September.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.