EURJPY: 122.00 Menjadi Pertahanan Penting

EURJPY terus mengalami detik suram untuk minggu ini di mana ia mencatat penurunan hampir 1.5%. Sentimen pasaran negatif berikutan perintah kawalan pergerakan di Eropah akibat gelombang berterusan Covid-19 jelas menyebabkan permintaan kepada matawang safe haven JPY meningkat mendadak.

Intonasi Dovish oleh Presiden Lagarde selepas mesyuarat polisi ECB semalam turut memberi sedikit kesan kepada Euro.

Beliau mengakui bahawa ekonomi telah kehilangan momentum lebih pantas daripada jangkaan ECB dan tekanan inflasi rendah akibat harga tenaga (minyak) yang rendah. Beliau turut menegaskan bahawa risiko pasaran kini lebih terarah kepada negatif.

EURJPY telah menguji paras kluster sokongan penting semalam. Ia telah menguji paras fibonacci retracement 38.2% (122.20), memecahkan paras support 122.33, dan menguji paras psikologi 122.00. Ia kini kekal didagang sedikit diatas paras 122.00 dan menanti pemangkin baru untuk gerakan seterusnya.

Sekiranya paras 122.00 ditembusi, paras 200-DMA di 121.13 merupakan benteng terdekat diikuti paras 50% fibo retracement di 120.70. Manakala, 123.00 merupakan paras support become resistant yang terdekat diikuti paras 23.6% fibo retracement di 124.06. 50-DMA berada sedikit atas di 124.30. Meskipun EURJPY mencatat penurunan besar pada minggu ini, ia masih lagi belum mencapai paras oversold di RSI-14.

Menjelang hari terakhir dagangan bulan Oktober, kemungkinan besar para pelabur dan pedagang akan membuat pelarasan portfolio mereka pada akhir sesi London. Volatiliti tinggi dijangkakan menjelang akhir sesi dagangan London pada hari ini.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.