Trump Mendahului Kiraan Undi di ‘Swing State’, EURUSD jatuh 1%

“Gelombang Biru’ dilihat gagal mencapai objektif, dimana calon Presiden dari Parti Demokrat bergelut dan ketinggalan dalam pengiraan undian di negeri-negeri penting di Florida, Texas, Ohio dan Michigan. Pasran kini menjangkakan peluang Presiden Trump untuk kekal sebgai Presiden AS untuk penggal kedua semakin tinggi.

EURUSD jatuh 1% pada sesi Asia dan mencapai paras terendah 1.1602 yang kali terakhir dilihat pada 24 Julai 2020. Ia telah mencapai harga tertinggi1.1769 tetapi gagal bertahan pada awal pagi tadi.

Harga EURUSD dijangka terus volatile sehingga keputusan-keputusan di negeri penting diumumkan. Berikut adalah harga penting untuk EURUSD pada hari ini:

Daily Pivot: 1.1694
S1: 1.1649
S2: 1.1587
S3: 1.1542
R1: 1.1757
R2: 1.1802
R3: 1.1864
50-MA: 1.1665
200-MA: 1.1740

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.