Di sebalik keriuhan pasaran terhadap pilihanraya Presiden US. Bank of England akan mengadakan mesyuarat polisi bulanan pada hari ini Khamis 5 Oktober 2020. Keputusan dijangka diumumkan pada 3 petang (waktu Malaysia) dan ia akan diikuti sidang media pada 8.30 malam. Para penganalisis menjangkakan BoE akan menambah peruntukan untuk program QE mereka sebanyak 100 billion Pound tetapi kekalkan kadar faedah pada 0.10%.
Meskipun terdapat BoE berkata mereka mempertimbangkan kadar faedah negatif dalam minit mesyuarat September dan mereka juga telah mendapatkan pandangan bank-bank komersial berkenaan persiapan untuk kadar faedah sifar atau negatif. Ia tidak mungkin dilakukan dalam waktu terdekat berikutan persediaan rapi dari segi operasi diperlukan sebelum kadar faedah sifar atau negatif dilaksanakan. Ahli jawatankuasa BoE turut dilihat tidak sependapat mengenai kadar sifar/negatif dimana ahli MPC Tenreyro, Vlieghe dilihat menyokong tetapi Bailey, Ramsden dan Halane agak skeptikal dengan polisi ini. Ahli-ahli MPC lain pula mengambil pendekatan mengunci mulut apabila ditanya oleh media.
Dari segi operasi Quantitative Easing (QE), BoE dijangka menambah 100 bilion Pound untuk membeli bon kerajaan di pasaran (Gilt). Sehingga hari ini, sebanyak 300 bilion Pound telah diperuntukkan untuk membeli aset di pasaran di mana 268 bilion Pound telah dibelanjakan. Peruntukan 10 bilion Pound untuk pembelian bon korporat telah habis dibelanjakan dan BoE dijangka tidak akan menambah peruntukkan ini.
Dari pandangan makro ekonomi, pemulihan ekonomi UK pasca Covid dilihat semakin perlahan sejak September dimana data PMI dilihat semakin menurun dan kadar inflasi agak perlahan dan sektor buruh turut mendatar. Perintah kawalan pergerakan (lockdown) yang dilaksanakan semula pada awal November dijangka menambah lagi tekanan terhadap pemulihan ekonomi. BoE dijangka akan menyemak semula unjuran ekonomi mereka pada mesyuarat kali ini. Unjuran KDNK (GDP) terakhir BoE adalah pada -9.5% untuk tahun 2020, ia dilihat sukar dicapai dan terlalu optimistik berdasarkan situasi sekarang.
Pasaran bon UK, Gilt dijangka tidak banyak berubah kecuali BoE mengumumkan tindakan luar jangka. Harga Gilt dijangka menyusut sedikit selepas QE tambahan diumumkan berikutan jangkaan kenaikan pulangan (yield). Kadar pulangan yield Gilt dijangka terus mengukuh sehingga 2021 berdasarkan unjuran ING.
Unjuran 10Y berasaskan senario QE BoE (Sumber BoE, ING)
Dari kadar tukaran matawang, GBPUSD menunjukkan pergerakan agak mendatar sejak awal Oktober. Ia didagang didalam julat 1.2900 – 1.3100. Ia masih didagang di atas Fibonacci Extension FE61.8 di 1.2857, sebarang pecahan dari paras ini akan mengkatifkan paras 200-day moving average paras sebagai support penting di 1.2700. Bull pula perlu melepasi 1.3180 untuk membina momentum kenaikan dimana FE100 1.3336 dan paras tertinggi September 1.3485 adalah sasaran.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.