FOMC Ambil Langkah Selamat, NFP Tumpuan Seterusnya

Dengan bahang pilihanraya Presiden Amerika masih lagi terasa di mana beberapa negeri masih lagi belum mengeluarkan keputusan rasmi, Federal Reserved mengundi 10-0 untuk mengekalkan kada faedah dia antara 0.0 – 0.25% dan mengekalkan program pembelian bon pada kadar semasa. Komunikasi Fed turut tidak berubah di mana mereka menegaskan akan mengekalkan kadar faedah sehingga pasaran buruh kembali pulih ke paras yang diunjurkan dan kadar inflasi kembali naik ke paras 2.0% dan konsisten untuk satu tempoh yang akan ditetapkan.

Pengerusi Fed Jerome Powell juga mengelak daripada memberi komen mengenai pilihanraya Presiden dan implikasinya terhadap ekonomi dan polisi bank pusat. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa polisi fiskal tambahan daripada kerajaan adalah penting berikutan kadar pemulihan ekonomi semakin mendatar.

Sementara itu, data sektor buruh Non Farm Payroll (NFP) akan diumumkan pada Jumaat malam jam 9.30 malam. Unjuran data menganggarkan 600K kerja baru untuk bulan Oktober manakala sektor pengangguran (unemployment rate) dijangka susut ke 7.7% berbanding 7.9% pada bulan sebelum.

US Dollar dijangka tidak banyak berubah ketika keputusan FOMC diumumkan dan ia juga dijangka tidak banyak berubah sewaktu data NFP dikeluarkan. Ia berikutan tumpuan pasaran lebih terarah kepada perkembangan kiraan undi pilihanraya Presiden US.

EURUSD kini sedang cuba menguji semula paras tertinggi semalam 1.1859, dengan R1 pivot atas sedikit di 1.1827, R2= 1.1945, R3= 1.2031. MA50 dan MA200 telah menunjukkan golden cross pada hari Khamis. Support terdekat berada daily pivot = 1.1796, S1 = 1.1733 yang berdekatan dengan kluster MA200 dan Khamis Low 1.1701.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.