Data GDP UK Kurang Memuaskan, GBPUSD kekal di bawah 1.3200

Laporan sumber EU pada hari Rabu menunjukkan bahawa rundingan Brexit di antara  EU dan UK tidak akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan bulan November seperti yang dirancang. Masih terdapat perkara yang belum dapat persetujuan kedua-dua belah pihak tetapi kemungkinan draf teks undang-undang disediakan adalah tinggi. Berita ini menyebabkan aktiviti pengambilan untung untuk pasangan matawang GBP setelah kenaikan yang besar pada hari Selasa.

Penganalisis masih menjangkakan bahawa ekonomi UK akan kekal perlahan meskipun perjanjian dagangan dapat dimeterai dengan EU. Ahli Jawatankuasa BoE Tenreyro berkata bahawa polisi kadar faedah negatif oleh rakan di Eropah menunjukkan tanda positif. Komen ini menyokong pendirian beliau yang inginkan dasar faedah negatif oleh BoE tetapi kurang dipersetujui oleh ahli lain dalam BoE.

Data ekonomi untuk UK pada hari Khamis turut kurang baik dimana Data Industrial Production dan Manufacturing Production masing-masing gagal mencapai sasaran unjuran. GDP (KDNK) UK dianggarkan 15.5% untuk suku ketiga, sedikit di bawah jangkaan 15.8%. Penurunan tahunan adalah 9.6% dan ONS menunjukkan pemulihan pelaburan yang lemah dan momentumnya perlahan untuk bulan September

GBPUSD menyusut ke bawah paras psikologi 1.3200. Ia kini didagang di sekitar 1.3180 (Pivot S1) , sedikit rendah dari ‘yesterday low’ 1.3190. Daily pivot berada di atas di 1.3241, juga berhampiran dengan H1 MA-50. Sekiranya S1 gagal bertahan, S2 akan menjadi support seterusnya di 1.3119 diikuti H1 MA-200.

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.